Sunday, December 27, 2009

Slideshow Arowana

"Katakanlah, Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa saja yang dikehendaki-Nya diantara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan-Nya. Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya, dan Dialah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya." (Saba': 39)



Jutawan Arowana:

Salam Maal Hijrah 1431 untuk semua

&

Happy New Year 2010.

*Teruja menunggu proses harvest nanti ;)*

Wednesday, December 16, 2009

Trip ke-3 ke BM

Jutawan Arowana:

Saya ke Bukit Merah lagi pada 24.11.2009 yang lalu. Kali ini saya pergi bersama bakal-bakal pelabur, Insya-Allah ;). Pemergian kali ini juga untuk melihat mereka memasukkan induk arowana ke dalam kolam. Induk arowana itu berada di kolam 32E dan akan dipindahkan ke dalam kolam 67D. Semuanya berjalan lancar.

Bukit Merah Aquaculture (BMA)


Selepas sedikit perbincangan dengan Cik Lin di pejabat BMA, kami dibawa ke kolam untuk melihat proses pemindahan induk arowana sebanyak 16 ekor itu.

Ini kolam 32E. Pekerja-pekerja BMA sedang menghalau induk arowana ke tepi kolam.


Seekor demi seekor arowana discan chip untuk mendapatkan nombor chip pada badan ikan arowana.

Inilah dia scanner yang digunakan ;).



Proses scan chip, merekod, menangkap induk arowana untuk dipindahkan.

Pekerja-pekerja BMA sedang tekun melakukan kerja-kerja mereka.


Selepas semua induk arowana dimasukkan ke dalam plastik, sedia untuk dipindahkan ke kolam 67D.


Satu persatu plastik yang berisi induk arowana dilepaskan ke kolam 67D.


Alhamdulillah selesai...Terima kasih semua. Menunggu 60 hari pula untuk proses harvest. Mudah-mudahan beroleh hasil yang lumayan. Ameen.


Sebelum pulang, bergambar pula dengan Mas Merah!.

Wednesday, December 9, 2009

Lawatan ke-2 dan Tandatangan Perjanjian

Jutawan Arowana:

Selepas lawatan pertama, banyak maklumat yang saya perolehi untuk membuat keputusan. Akhirnya, saya telah memilih Bukit Merah Aquaculture Sdn Bhd sebagai syarikat untuk saya melabur. Syarikat Bukit Merah Aquaculture akan bertanggungjawab untuk menjaga induk arowana dan segala kos makanan dan lain-lain yang berkaitan dengan ikan tersebut. Saya telah diberikan kolam 67D dengan 16 ekor induk arowana.

Lawatan kali ini adalah untuk menandatangani perjanjian antara saya dan Bukit Merah Aquaculture Sdn Bhd. Di sini saya akan tunjukkan gambar-gambarnya:


Bukit Merah Aquaculture Sdn Bhd
Bukit Merah, Perak

Inilah pejabat Bukit Merah Aquaculture Sdn Bhd.

Membaca dan meneliti perjanjian sebelum ditandatangani. Bersama Pembantu Pengarah Urusan Bukit Merah Aquaculture Sdn Bhd- Cik Lin.


Bismillah..Menandatangani perjanjian jual beli untuk kolam 67D.

He sempat lagi bergambar. Fail mahal ni..


Saya dibawa melihat kolam 67D yang akan menempatkan 16 ekor induk arowana.

Inilah kolam 67D.

Cek berjumlah RM192,ooo.oo untuk sebuah kolam.

Syukur Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan. Selepas ini, induk arowana akan dimasukkan ke dalam kolam. Setiap satu ikan arowana akan discan chip dalam badannya untuk mengenalpasti dan sebagai rekod. Nanti saya akan berkongsi dengan anda semua.

Saturday, December 5, 2009

Lawatan 1 dan Tinjauan ke BM

Jutawan Arowana:

Selepas mendapat maklumat dan nombor untuk dihubungi di Bukit Merah, saya mengambil keputusan untuk pergi ke Bukit Merah. Pada lawatan pertama itu, pihak syarikat di sana menunjukkan dan menerangkan dengan terperinci A to Z tentang ternakan arowana yang mereka usahakan. Oleh itu, saya postkan gambar-gambar semasa lawatan saya ke sana.


Bilik Inkubator

Bilik ICU atau inkubator. Di sinilah ditempatkan anak arowana dan yolk.

En. Shahibol menunjukkan sebahagian daripada anak arowana dan yolk yang sedang menunggu saat matang.

Yolk arowana yang dikeluarkan dari mulut ikan jantan akan dimasukkan ke dalam inkubator. Inkubator ini persekitarannya direka khusus agar sama seperti di dalam mulut arowana jantan.

Sedang melihat dan memerhati yolk arowana dengan penuh minat ;). Yolk akan disimpan di dalam inkubator ini selama 55 hari selepas proses harvest.

Anak-anak arowana bersama yolk.


Tekun mendengar penjelasan tentang arowana daripada orang yang berpengalaman.

Proses Harvest atau menuai hasil


Semasa lawatan saya, pada hari itu kebetulan ada seorang pemilik kolam yang akan menuai hasil atau harvest (iaitu proses mengeluarkan anak ikan dan yolk dari mulut arowana jantan). Oleh itu saya dapat melihat prosesnya.

Inilah antara kolam-kolam yang terdapat di Bukit Merah. Dijaga dengan rapi dan teratur ;).

Semasa proses harvest, pekerja pekerja akan masuk ke dalam kolam dan menghalau arowana ke tepi kolam.


Kemudian, pekerja akan menangkap arowana satu persatu untuk memeriksa mulut sama ada terdapat yolk atau tidak. Biasanya seekor arowana jantan boleh menyimpan 20 - 50 yolk dalam satu masa.


Pekerja sedang memeriksa mulut arowana jantan. Pada hari itu, pemilik kolam tersebut berjaya mendapat 39 yolk daripada seekor arowana jantan.

Gambar Kenangan

Bergambar bersama motor berkuasa besar pemilik syarikat itu.

Mengambil gambar juga bersama kereta BMW pemilik syarikat.

Inilah lawatan pertama saya ke Bukit Merah. Nanti saya akan berkongsi lawatan ke-2 semasa sesi menandatangani perjanjian.

Thursday, December 3, 2009

Harga Arowana

Jutawan Arowana:

Pasaran bagi ikan arowana amat luas kerana permintaan bagi ikan eksotik ini datang dari seluruh dunia. Permintaannya adalah tinggi dan ia semakin meningkat dari masa ke semasa. Permintaan yang tinggi berbanding pengeluaran yang terhad menyebabkan harga ikan arowana sentiasa di tahap yang tinggi.

Oleh itu, dengan modal pembelian induk hanya sekali dan tiada kos tambahan sepanjang penjagaan pihak pengusaha, Insya-Allah akan mendapat pulangan yang lumayan dan menguntungkan. Di sini saya menyenaraikan harga bagi membeli ikan arowana mengikut saiz iaitu peringkat matang, pra-matang dan anak ikan arowana.


Arowana Malaysian Gold

Harga belian arowana juga mengikut JENIS, HARGA SEEKOR dan HARGA SEKOLAM x 16 EKOR arowana di dalamnya :

Ikan Arowana Matang
(Saiz 18 inci ke atas dan umur 2 - 2
1/2 tahun)

1. Platinum Arowana

2. Golden Head Blue Base
-Harga RM15,000/ekor
Harga sekolam x16 ekor RM240,000

3. Malaysian Gold
-Harga RM13,000/ekor
-Harga sekolam x16 ekor RM208,000.00

4. Chilli Red
-Harga RM11,000/ekor
-Harga sekolam x16 ekor RM176,000.00

5. Super Red
-Harga RM11,000/ekor
-Harga sekolam x16 ekor RM176,000.00

6. Highback Golden
-Harga RM5,000/ekor
-Harga sekolam x16 ekor RM80,000.00

______________________________________________

Ikan Arowana Pramatang
(Saiz 18 inci ke bawah dan umur 1 - 2 tahun)

1. Platinum Arowana

2. Golden Head Blue Base
-Harga RM12,000/ekor

3. Malaysian Gold
-Harga RM7,000/ekor

4. Chilli Red
-Harga RM7,000/ekor

5. Super Red
-Harga RM5,000/ekor

6.
Highback Golden
-Harga RM3,000/ekor

_______________________________________________

Anak Ikan Arowana
(Saiz 3 - 4 inci)

1. Platinum Arowana

2. Golden Head Blue Base
-Harga RM3,600 - ke atas/ekor

3. Malaysian Gold
-Harga RM1,500 - 2,500/ekor

4. Chilli Red
-Harga RM1,500 - 2,500/ekor

5. Super Red
-Harga RM1,000 - 1,800/ekor

6. Highback Golden
-Harga RM400 - 550/ekor

Saya juga akan berkongsi contoh pengiraan agar anda dapat memahami dengan jelas lagi. Anda juga boleh terus menghubungi saya.

Friday, November 27, 2009

Selaut pengalaman

Arowana antara ikan termahal di dunia.

Jutawan Arowana:

Bergambar bersama Ketua Pegawai Eksekutif M U Arowana Aquaculture En. Shahibol Anuar Arba'e

Ikan Arowana merupakan antara ikan termahal di dunia dan mendapat semakin berkembang di sekitar kawasan Bukit Merah, Perak. Pada masa kini terdapat lebih kurang 37 buah syarikat yang menternak arowana dan sebilangan kecil sahaja syarikat dimiliki oleh bumiputera. Antara syarikat bumiputera yang menjalankan operasi menternak dan membiak ikan arowana adalah Bukit Merah Aquaculture, M U Arowana Aquaculture dan lain-lain yang berhampiran Bukit Merah, Perak.

Mari kita ikuti pengalaman Ketua Pegawai Eksekutif M U Arowana Aquaculture tentang potensi ikan Arowana ini. Boleh juga baca di sini.

Sekilas Arowana di Bukit Merah

Ternakan ikan arowana merupakan industri ikan hiasan yang semakin mendapat permintaan yang tinggi. Ketua Pegawai Eksekutif M U Aquaculture, Sahibol Anwar Arba’e berkata semuanya bermula dengan minat terhadap ikan hiasan paling mahal di dunia itu.

“Ketika itu saya mula membeli ikan arowana gold dengan harga RM2,000 seekor dan selepas beberapa bulan nilainya meningkat sehingga RM7,000 seekor.

Telur yang telah disenyawakan akan dikutip oleh ikan jantan yang akan mengeram selama dua bulan di dalam mulut sebelum diluahkan apabila anak-anak mula berenang sendiri.

“Pada masa itu saya menyedari ternakan ikan hiasan arowana berpotensi besar untuk dimajukan selain menguntungkan,” katanya yang sebelum ini banyak menceburkan diri dalam perlbagai jenis perniagaan.

“Dalam tempoh berkenaan, ikan jantan akan ‘berpuasa’ sehingga anak-anak dilepaskan pada tempat-tempat berlainan bagi mengurangkan risiko pemangsa,” katanya. Bagaimanapun bagi tujuan komersial, mulut ikan akan diperiksa setiap dua bulan bagi mengeluarkan anak-anak dan diletakkan di dalam inkubator yang lebih kurang sama keadaannya seperti dalam mulut induk.

Yolk arowana di masukkan ke dalam inkubator.

Mengkaji mengenai habitat arowana pada awal 2006, Sahibol memulakan projek ternakan dengan membina lapan buah kolam dengan keluasan 20 kaki x 50 kaki.

Pada pertengahan tahun yang sama, beliau mula mengisi setiap kolam dengan enam ekor ikan jantan dan 10 betina.

Ikan arowana bertelur setahun sekali selepas usia matang biasanya antara dua hingga tiga tahun dan semasa proses berkenaan ikan akan berpasangan sehingga masa mengeluarkan telur dan sperma.

Biasanya induk jantan boleh menjaga antara 20 hingga 60 ekor anak di dalam mulutnya pada satu-satu masa.

Sahibol berkata, bagi pasaran tempatan anak-anak ikan yang boleh berenang sudah boleh dijual.

Syarikat akan memberikan penekanan dalam menternak tiga jenis arowana iaitu Malaysia gold arowana, red arowana dari Kalimantan dan Indonesia gold.

Harga seekor anak ikan arowana bersaiz tiga inci iaitu Malaysia red gold adalah RM1,600 hingga RM2,000, red arowana RM1,200 hingga RM1,500 dan Indonesia gold adalah RM500.

Harga seekor induk matang boleh mencapai sehingga puluhan ribu ringgit.

Menyentuh mengenai aspek pemakanan, Sahibol berkata, arowana memakan anak ikan seluang selain makanan tambahan seperti udang, cengkerik, katak dan lipan dua kali sehari.

“Ikan arowana sebenarnya tidak sukar dijaga tetapi disebabkan harganya yang mahal, ramai yang menyangka ia memerlukan penjagaan yang rapi,” katanya.

“Ikan arowana amat unik dibanding dengan ikan-ikan hiasan lain kerana ia membiak secara semula jadi dan tidak memerlukan bantuan manusia seperti teknik aruhan. Malah ikan arowana adalah haiwan akuatik yang dilindungi kerana mengalami ancaman kepupusan,” katanya.

Sehingga kini M U Arowana Aquaculture beroperasi di atas tanah seluas 5.2 hektar (13 ekar) yang menempatkan 99 buah kolam.

Sahibol berkata, pihaknya mensasarkan untuk membina 100 kolam lagi pada tahun ini.

“Kami juga menitikberatkan masalah keselamatan dan penyelenggaraan dengan pemantauan 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.

“Ini bukan saja untuk tujuan keselamatan kerana harga ikan yang mahal tetapi bagi memastikan keselesaan ikan jika bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba,” katanya.

Apa yang lebih menarik M U Arowana Aquaculture juga menawarkan skim perkongsian keuntungan bagi peminat ikan arowana yang mempunyai modal tetapi kurang pengetahuan.

“Di sini, mereka boleh melabur selama lima tahun dengan membeli ikan induk untuk satu kolam dan kami akan menjalankan segala tugas penyelenggaraan dan pengurusan. Keuntungan yang diperoleh akan dibahagi dua antara pelabur dan pengusaha sehingga tamat tempoh kontrak,” katanya.

Bercerita mengenai arowana, kata Sahibol, ikan ini hanya bertelur setahun sekali dan tiada masalah bekalan berlebihan dan harganya tidak pernah jatuh.

Memandangkan permintaan yang tinggi dari negara-negara seperti Jepun, China, Taiwan, Kanada, Hong Kong, Eropah dan India, pengeksport perlu mendapat kelulusan Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora (CITES) yang diluluskan oleh 72 negara.

Di bawah CITES, ikan arowana disenaraikan sebagai ikan yang dilindungi berkelas tinggi dan perlu ditanam cip di bawah kulit untuk tujuan eksport bagi pengenalan. Fosilnya membuktikan ikan berkenaan tahan lasak sehingga boleh hidup dengan baik sehingga ke hari ini.

P/s: Nanti saya akan berkongsi pula lawatan pertama saya ke Bukit Merah ye. Dan bertuahnya pada hari itu ada proses menuai hasil atau harvest seorang pemilik kolam.

Thursday, November 26, 2009

Info Pelaburan Arowana

Sekilas ikan dilaut, sudah tahu jantan atau betina.

Jutawan Arowana:

Bukit Merah, Perak

Salam semua. Saya telah beberapa kali pergi ke Bukit Merah, Perak untuk melihat sendiri bagaimana ternakan arowana ini dijalankan. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan. Dengan minat yang mendalam terhadap ternakan ikan, saya telah mengambil keputusan untuk terlibat sama dalam ternakan arowana yang mempunyai potensi yang tinggi ini. Di sini sedikit info untuk pengetahuan tentang sisitem pelaburan iaitu sistem pawah yang dilaksananakan di Bukit Merah, Perak untuk pengetahuan bersama.

Info

Setiap pelabur akan membeli induk ikan arowana dari syarikat dan ditempatkan di dalam sebuah kolam milik syarikat. Setiap kolam akan ditandakan dengan nombor dan setiap induk mempunyai chip bernombor di dalam badan untuk mengelakkan ikan daripada hilang. Induk tersebut akan dipelihara oleh pihak syarikat itu sendiri dan segala kos makanan dan lain-lain akan ditanggung oleh syarikat. Pelabur hanya menunggu hasil yang akan diperolehi daripada induk-induk yang dipelihara.

Induk arowana

Hasil di tuai

Semasa hasil hendak dituai, pelabur akan dipanggil untuk membuat pengiraan hasil bersama. Hasil tuaian akan dibahagi sama rata iaitu 50:50 antara pelabur dan syarikat. Telur atau anak ikan yang dituai akan dipelihara dahulu oleh pihak syarikat sehingga anak ikan mencapai saiz 3 atau 4 inci. Kemudian anak ikan akan dijual dan hasil jualan akan diberikan terus kepada pelabur. Urusan jualan akan diuruskan sendiri oleh pihak syarikat, jadi pelabur tidak perlu risau mengenai urusan jualan anak ikan. Harga anak ikan ditetapkan oleh pihak syarikat mengikut harga semasa anak ikan di pasaran.

Proses mengeluarkan anak arowana dan yolk dari mulut arowana jantan

Tamat perjanjian

Selepas tamat tempoh perjanjian, pelabur boleh memilih untuk mengambil induk untuk dipelihara sendiri, menjual induk tersebut atau menyambung perjanjian dengan menandatangani surat perjanjian baru. Sekiranya pelabur memilih untuk menjual induk tersebut, pelabur akan mendapat kembali 100% modal yang dibayar dulu atau mungkin lebih sekiranya semua induk masih hidup. Sekiranya pelabur ingin menandatangani perjanjian baru pelabur tidak perlu membayar apa-apa dan segala urusan penjagaan induk akan dijalankan seperti biasa seperti sebelumnya.

Kolam yang dijaga dengan rapi

P/s: Sesiapa yang berminat dan ingin maklumat lanjut boleh menghubungi saya Bustang Baco (Bob) di talian 013-8853588. Terima kasih.

Tuesday, November 24, 2009

Selamat Datang ke Jutawan Arowana

Jutawan Arowana:

Semasa memindahkan arowana ke dalam kolam 67D

Selamat Datang

Blog : Jutawan Arowana (M) Sdn Bhd
Tempat : Bukit Merah, Perak
No. Kolam : 67D