Saturday, February 27, 2010

Bekas wartawan ternak keli

Bekas wartawan ternak keli

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN


Normahiran Yusoff boleh berbangga dengan usahanya sebagai usahawan tani yang kini telah membuahkan hasil.


Biarpun pernah menjawat jawatan wartawan selepas menamatkan pengajian dalam bidang Komunikasi Massa, Normahiran Yusoff meninggalkan kerjaya berkenaan dan berhijrah ke dunia lebih glamor dengan terlibat dalam industri hiburan.
Ketika bertugas di syarikat rakaman, beliau dikelilingi oleh artis-artis tapi hatinya masih tidak dapat melupakan dunia perniagaan.
Selepas meletakkan jawatan sebagai Pengurus Kanan sebuah syarikat rakaman, beliau menubuhkan syarikat sendiri dan seterusnya Normahiran mula melibatkan diri dalam bidang pertanian.
Berpegang kepada moto 'Pertanian Adalah Perniagaan,' Normahiran mula berjinak-jinak mengikuti kursus pertanian terutama pembenihan dan ternakan ikan keli.
Beliau memulakan usahanya dengan membeli set ternakan ikan keli dalam kanvas daripada pengusaha di Negeri Sembilan.
"Setelah mengikuti kursus ternakan dan pembenihan ikan keli di Selangor, saya mula meninjau pasaran sebelum memulakan ternakan," katanya semasa ditemui di kawasan ternakan keli di Dengkil, Selangor, baru-baru ini.
Setelah meninjau pasaran, Normahiran membuat pengiraan modal serta untung rugi. Setelah pasti dengan keuntungan, beliau memulakan projek.
Beliau membeli tiga buah tangki yang telah diubahsuai sebagai permulaan untuk menternak ikan keli.
Kemudian beliau membeli anak benih ikan bersaiz tiga inci. Kini Normahiran beralih kepada saiz lima inci kerana saiz yang lebih besar cepat membesar dan kadar kematiannya juga rendah.
Pada mulanya, beliau hanya memberikan ikan keli makan pelet tetapi kosnya yang tinggi menyebabkan Normahiran mencari alternatif lain.
"Bagi menggantikan bekalan protein, saya menggunakan kepala dan perut ikan bilis yang didapati di pasar malam yang saya masak dengan beras hancur selain sisa roti.
"Maklum balas yang saya daripada penternak lain mendapati perut dan kepala ikan bilis mempunyai protein yang tinggi dan sesuai menggantikan pelet," katanya.
Sehingga kini ternakan kelinya telah mengeluarkan hasil dan beliau mendapat kontrak membekalkan ikan keli kepada sebuah syarikat mengeluarkan ikan keli salai.
Ikan keli salai, kata Normahiran memerlukan ikan keli yang memakan pelet dan bahan kaya protein tetapi kurang lemak bagi mendapatkan tekstur yang cantik.
"Biasanya saiz ikan keli yang sesuai untuk dibuat ikan salai adalah 160 gram (g) seekor atau enam hingga tujuh ekor bagi satu kilogram.
"Kini saya perlu membekalkan 200 kilogram (kg) ikan keli seminggu kepada ikan salai," katanya.
Bagi mendapatkan kontrak membekalkan ikan keli bagi ikan keli salai, pengusaha ikan salai melawat ke kawasan ternakannya bagi memastikan makanan yang diberikan serta tahap kebersihan.
Buat masa ini Normahiran sedang berusaha membesarkan lagi projek ternakan ikan keli bagi memenuhi permintaan pengusaha ikan keli salai. -Bernama-
P/s: Pertanian adalah perniagaan.

Tuesday, February 16, 2010

Nombor Chip Arowana MG kolam 67D

Jutawan Arowana:

Nombor chip arowana ini diberi oleh BMA selepas memasukkan induk arowana ke dalam kolam 67D tempoh hari. Saya baru memasukkan ke dalam blog.

sekadar hiasan

SENARAI NOMBOR CHIP

KOLAM: 67D

OWNER: EN.BUSTANG BIN BACO

NO

NO.CHIP

JENIS AROWANA

1

484357005E

MALAYSIAN GOLD

2

1828005001

MALAYSIAN GOLD

3

1828005006

MALAYSIAN GOLD

4

4849537659

MALAYSIAN GOLD

5

484F027A37

MALAYSIAN GOLD

6

1828004116

MALAYSIAN GOLD

7

4848694D74

MALAYSIAN GOLD

8

4843725533

MALAYSIAN GOLD

9

1828004112

MALAYSIAN GOLD

10

4843522637

MALAYSIAN GOLD

11

1828004117

MALAYSIAN GOLD

12

1828005009

MALAYSIAN GOLD

13

4843673A76

MALAYSIAN GOLD

14

1828003967

MALAYSIAN GOLD

15

1828022910

MALAYSIAN GOLD

16

484369707

MALAYSIAN GOLD



P/s: Oh ya, Insya-Allah saya akan berkongsi dengan semua tentang usahawan tani yang berjaya dan usahawan berjaya melalui internet untuk motivasi kita bersama.

Saturday, February 6, 2010

Lokasi Jutawan Arowana di BM

Jutawan Arowana:










P/s : Lokasi Jutawan Arowana di Bukit Merah, Perak.