Friday, July 23, 2010

Harvest kolam 67D ke-4

Jutawan Arowana:

Seperti yang telah saya maklumkan sebelum ini, proses harvest untuk kolam saya Arowana Malaysian Golden 67D yang ke-4 ialah pada 21.07.2010. Harvest kali ini dijadualkan pada pukul 10.30 pagi. Cuaca pagi itu mendung memandangkan pada malam harinya hujan yang agak lebat juga. Sesampai wakil saya di sana, proses harvest sedang dijalankan bagi kolam Arowana MG 72D. Terdapat 4 orang pemilik kolam yang melabur pada kolam tersebut. Itu adalah harvest kali ke-3 bagi mereka. Tetapi tiada hasil lagi. Sabar.

Selepas itu barulah kolam saya 67D dibuka. Ingatkan tiada hasil juga pada kali ini namun ada rezeki saya pada hari itu. Semacam tidak percaya pun ada. Apa tidaknya, induk arowana yang terakhir diperiksa yang mengeluarkan hasil. Buat suspend je :). Alhamdulillah. Mungkin inilah 'starting point' untuk arowana MG ini mengeluarkan hasil.

Walau bagaimanapun, hasil yang dikeluarkan adalah 'telur baru' atau masih muda lagi. Selepas dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam plastik, pekerja BMA terus membawa 'telur baru' arowana tersebut ke ICU. Tidak boleh lama-lama di sekitar kolam, dikhuatiri telur itu tidak panjang hayatnya kerana masih muda jika dibandingkan memperolehi 'telur' atau 'yolk arowana'.

Pair 1: Ada 44 biji (telur baru)

Apapun alhamdulillah. Mudah-mudahan selepas ini akan mengeluarkan hasil yang banyak lagi. Inilah gambar-gambar semasa proses tersebut pada hari itu.



Ini adalah kolam MG 72D. Proses harvest masih dijalankan.


Proses harvest dikolam saya pula. Kolam MG 67D.


Pemeriksaan mulut induk arowana yang terakhir. Ada hasil ;).

Pekerja BMA mengeluarkan telur arowana dan terus memasukkan ke dalam plastik.



Arowana No. chip 4848694B74 yang telah mengeluarkan hasil.

Telur arowana yang telah dimasukkan ke dalam satu bekas di bilik ICU. Semuanya 44 biji tetapi tolak 6 biji yang rosak.



HASIL Kolam 4E

Semasa di bilik ICU itu, wakil saya sempat juga menjenguk hasil Arowana Highback saya yang diperolehi tempoh hari. Untuk hasil pair 2 (11 ekor) dan pair 3 (25 ekor) telah pun dijual dan diambil oleh pembelinya. Cuma tinggal pair 1 (42 biji) yang tinggal. Itu pun telah dibeli cuma menunggu yolk habis barulah akan diambil oleh pembelinya. Lihat pada catatan itu - Sold Rahim.



Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik. Insya-Allah bertemu di next entry.

Tuesday, July 13, 2010

Harvest akan datang..

Jutawan Arowana:


Salam kepada semua. Semasa harvest kolam saya iaitu 4E tempoh hari, saya tidak berkesempatan untuk melihat hasilnya dengan mata sendiri. Apapun, alhamdulilah agak banyak juga hasilnya. 3 pair yang mengeluarkan hasil. Logik jugaklah sebab semasa harvest sebelumnya tu, memang tiada hasil.

Untuk kolam say 67D yang akan harvest pada 21.07.2010 ini, saya juga tidak dapat turun ke Bukit Merah. Walau bagaimanapun, wakil saya akan pergi ke BM untuk proses harvest itu nanti. Mudah-mudahan ada hasil pada kali ini. Doakan semua ye :).

Friday, July 9, 2010

Harvest kolam 4E Ke-8

Jutawan Arowana:

Salam kepada semua pengunjung blog Jutawan Arowana. Fuuhh..lama betul blog tidak berupdate. Maaf kepada semua pengunjung. Baru-baru ini, proses harvest kolam 4E pada 07.07.10.

Jadual ditetapkan untuk harvest kolam 4E pada pukul 9.00 pagi. Semasa wakil saya sampai, semua pekerja BMA telah siap untuk menjalankan proses harvest. Pagi itu cuaca agak baik. Banyak juga kolam yang akan dibuka pada hari itu. Dan alhamdulillah kolam 4E mengeluarkan hasil yang banyak juga. Ada 3 pair yang mengeluarkan hasil. Hasil untuk 3 pair ialah 78 ekor.

Pair 1: Ada 42 biji (telur sahaja)
Pair 2: Ada 11 ekor (Anak arowana dengan yolk)
Pair 3: Ada 25 ekor (Anak arowana dengan yolk).

Dan untuk pengetahuan semua, harga bagi seekor anak arowana Highback sekarang adalah RM550.00 seekor yang akan dibeli oleh syarikat BMA kepada pemilik kolam. Inilah gambar-gambar semasa proses harvest tersebut.



Proses Harvest: Ada 3 pair yang mengeluarkan hasil


Telur dan yolk arowana akan di bawa ke ICU


Di dalam ICU: Pengiraan hasil



Pengiraan hasil dilakukan di bilik ICU oleh pekerja BMA dan disaksikan bersama oleh pemilik kolam. Setiap hasil 1 pair diasingkan bekasnya. Jadi ada 3 bekas untuk kolam 4E dan dicatatkan hasilnya sekali.

Contoh: Kolam No.4E, Highback, 07/07/10, 11 Ekor.

Mudah-mudahan semua 78 ekor akan membesar dengan baik ;). Jadi itu saja untuk proses harvest kali ini. Menunggu proses harvest kolam 67D. Terima kasih kepada semua ye.