Showing posts with label Info Arowana. Show all posts
Showing posts with label Info Arowana. Show all posts

Wednesday, June 2, 2010

Red Tail Golden Arowana

Jutawan Arowana:


Kebanyakan Red Tail Golden Arowana akan mempunyai warna emas disisiknya mencapai baris keempat dan sekiranya sisik yang lebih baik akan mempunyai warna emas itu mencapai baris kelima.

Terbaik mengenai spesis ini adalah sisiknya akan bersilang terus di belakang badannya sehingga sisik yang keenam. Jenis ini juga agak mahal di pasaran kerana keunikan sisiknya yang dipanggil Super Highback.

Tuesday, May 4, 2010

Platinum Arowana

Jutawan Arowana:


Platinum Arowana dihasilkan menggunakan teknologi canggih dimana hasil kacukan baka-baka ikan arowana yang terbaik di dunia. Ianya juga merupakan ikan arowana yang termahal di dunia yang pernah dihasilkan. Ianya jarang sekali ditemui, ini kerana hanya pengusaha yang mempunyai teknologi tersebut boleh membiakkan ikan jenis ini.

Malah permintaannya adalah amat tinggi sehingga mencecah ratusan ribu ringgit. Kebanyakan ikan ini dibeli oleh pasaran luar seperti Jepun, Korea, China dan negara-negara barat.

Sunday, May 2, 2010

Peranan CITES

Jutawan Arowana:

Convention On International Trade In Endangered Species Of Wild Fauna And Flora


CITES telah diasaskan dan telah ditandatangani di Geneva, Switzerland pada penghujung tahun 70'an secara bersama oleh beberapa buah negara yang menggariskan spesis Arowana Asia (Scleropages formosus) sebagai spesis fauna yang paling dilindungi (Appendix 1 akta CITES), sekaligus membasmi daripada terus diancam kepupusan.

Badan ini juga berperanan untuk memantau isu-isu penangkapan, pemilikan, pemasaran, pembiakan, penyeludupan, pengimpotan dan pengekspotan secara haram di negara-negara yang diharamkan perdagangannya. Secara komersial, bagi setiap arowana Asia yang telah menjangkau ukuran 5 - 6 inci panjang (piawaian eksport), mereka lazimnya akan disertakan 'tag' bersamanya melalui kaedah penyuntikan sebutir 'mikrocip berdigital', dengan menyuntik-masuk ke dalam tubuh menerusi bawah salah satu kepingan sisik arowana Asia (biasanya pada sektor abdomal), bertujuan bagi menetapkan identiti atau jenis keturunan serta tempat asal ia dibiakkan (ladang pembiakan).


Di Malaysia, Jabatan Perikanan Malaysia bertanggungjawab dalam memantau segala aktiviti-aktiviti yang membabitkan spesis fauna air tawar yang dilindungi ini. Untuk tujuan pembiakan komersial pula, para bakal pembiak lazimnya harus memiliki sekurang-kurangnya 50-80 ekor baka ternak asal bagi melayakkan usaha mereka untuk membiakkan arowana Asia dan seterusnya melaksanakan aktiviti pemasaran domestik, mengimpot atau mengekspot.

Manakala setiap generasi biak komersial (generasi F2 - Second Filial, dan seterusnya) seperti Kategori Emas dan Kategori Merah, sijil perakuan identiti yang diiktiraf oleh sekretariat CITES akan disediakan oleh pembiak, untuk diserahkan bersama-sama 'produk komersial' mereka kepada setiap bakal pelanggan yang berpotensi. Ini juga adalah sebagai langkah rasmi bagi pembiak-pembiak komersial menjalankan aktiviti-aktiviti pengekspotan dan juga pengimpotan fauna yang dilindungi ini.


Contoh sijil perakuan identiti spesis arowana Asia yang diserahkan oleh pembiak komersial berdaftar CITES kepada pemborong/peniaga, untuk disertakan bersama-sama spesis arowana Asia (Kategori Emas & Merah) kepada bakal pembeli.

P/s: Boleh juga layari bonytongue2000.tripod.com

Sunday, April 25, 2010

Mengenali Jantina Arowana

Arowana ini jantan ke betina?

Jutawan Arowana:

Sebenarnya agak sukar juga untuk menentukan jantina bagi seekor arowana. Biasanya orang yang betul-betul mahir dan berpengalaman tentang arowana saja boleh mengenalpastinya. Walauapapun, terdapat ciri-ciri asas yang boleh kita kenalpasti sama ada arowana itu jantan atau betina. Ini ciri-cirinya:

Ikan jantan
Ciri-ciri :
a) Badan memanjang dan langsing
b) Kepala dan mulut yang besar
c) Warna yang lebih menyerlah dari ikan betina
d) Lebih agresif dalam persaingan mendapatkan makanan.

Ikan betina
Ciri-ciri :
a) Badan lebih pendek dan lebar
b) Kepala dan mulut yang kecil
c) Warna kebiasannya pudar berbanding ikan jantan
d) Kurang agresif berbanding ikan jantan dalam persaingan mendapatkan makanan.