Showing posts with label Proses Harvest. Show all posts
Showing posts with label Proses Harvest. Show all posts

Monday, July 25, 2011

Blog update | Harvest Kolam 67D

Jutawan Arowana:

Salam kepada semua. Harap semuanya sihat walafiat. Finally, setelah lebih kurang 6 bulan blog tidak ber'update', Alhamdulillah dapat juga saya mengemaskini blog hari ini. Template pun cuba tukar yang baru. Saya ingin memohon maaf kepada rakan-rakan atau pengunjung yang selalu berkunjung, tetapi hampa sebab tiada maklumat terkini. Ada juga rakan-rakan yang bertanya, tapi tidak berjawab.

Aktiviti saya seperti biasa, walaupun blog tak berupdate, proses harvest terus berjalan. Kadang-kadang saya sendiri turun ke Bukit Merah, kadang-kadang tidak. Hasil pun.. Alhamdulillah kadang-kadang ada rezeki dan kadang-kadang tiada :D. Biasalah tu kan. Jika ada masa nanti saya akan update proses harvest yang telah lepas ye.

Ini gambar-gambar semasa proses harvest MG Kolam 67D baru-baru ini pada sabtu lepas 23.07.2011. Tiada hasil diperolehi. Walaupun tiada hasil, senyum juga la sebab dapat cek untuk bayaran harvest yang lepas sebanyak 22k.








Ok bertemu lagi di next entri, InshaAllah. Salam Ramdhan kepada semua, yang tinggal beberapa hari lagi akan menjelma.

Saturday, January 29, 2011

Update | Proses Harvest

Jutawan Arowana:
Salam kepada semua. Lama juga blog tak berupdate. Apapun hari ini saya cuma akan update untuk proses harvest bagi kolam 4E dan kolam 67D yang telah lepas.

Arowana Highback Kolam 4E
Tarikh : 04 Jan 2011
Hasil : Tiada hasil

Arowana Malaysian Golden Kolam 67D
Tarikh : 19 Jan 2011
Hasil:
Fair 1 - 21 yolk

Fair 2 - 19 telur baru.

Inilah hasil bagi kedua-dua kolam untuk bulan Januari. Kedua-dua harvest ini saya tidak dapat datang sendiri ke BM. Namun Alhamdulillah ada hasil juga. Next harvest Insya-Allh pada bulan Mac nanti.

P/s: Next entry saya ingin kongsikan pula tentang ternakan Burung Walit. Ada sesiapa yang telah menyertai perusahaan ini?? Boleh lah kongsikan bersama :).

Friday, July 23, 2010

Harvest kolam 67D ke-4

Jutawan Arowana:

Seperti yang telah saya maklumkan sebelum ini, proses harvest untuk kolam saya Arowana Malaysian Golden 67D yang ke-4 ialah pada 21.07.2010. Harvest kali ini dijadualkan pada pukul 10.30 pagi. Cuaca pagi itu mendung memandangkan pada malam harinya hujan yang agak lebat juga. Sesampai wakil saya di sana, proses harvest sedang dijalankan bagi kolam Arowana MG 72D. Terdapat 4 orang pemilik kolam yang melabur pada kolam tersebut. Itu adalah harvest kali ke-3 bagi mereka. Tetapi tiada hasil lagi. Sabar.

Selepas itu barulah kolam saya 67D dibuka. Ingatkan tiada hasil juga pada kali ini namun ada rezeki saya pada hari itu. Semacam tidak percaya pun ada. Apa tidaknya, induk arowana yang terakhir diperiksa yang mengeluarkan hasil. Buat suspend je :). Alhamdulillah. Mungkin inilah 'starting point' untuk arowana MG ini mengeluarkan hasil.

Walau bagaimanapun, hasil yang dikeluarkan adalah 'telur baru' atau masih muda lagi. Selepas dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam plastik, pekerja BMA terus membawa 'telur baru' arowana tersebut ke ICU. Tidak boleh lama-lama di sekitar kolam, dikhuatiri telur itu tidak panjang hayatnya kerana masih muda jika dibandingkan memperolehi 'telur' atau 'yolk arowana'.

Pair 1: Ada 44 biji (telur baru)

Apapun alhamdulillah. Mudah-mudahan selepas ini akan mengeluarkan hasil yang banyak lagi. Inilah gambar-gambar semasa proses tersebut pada hari itu.



Ini adalah kolam MG 72D. Proses harvest masih dijalankan.


Proses harvest dikolam saya pula. Kolam MG 67D.


Pemeriksaan mulut induk arowana yang terakhir. Ada hasil ;).

Pekerja BMA mengeluarkan telur arowana dan terus memasukkan ke dalam plastik.



Arowana No. chip 4848694B74 yang telah mengeluarkan hasil.

Telur arowana yang telah dimasukkan ke dalam satu bekas di bilik ICU. Semuanya 44 biji tetapi tolak 6 biji yang rosak.



HASIL Kolam 4E

Semasa di bilik ICU itu, wakil saya sempat juga menjenguk hasil Arowana Highback saya yang diperolehi tempoh hari. Untuk hasil pair 2 (11 ekor) dan pair 3 (25 ekor) telah pun dijual dan diambil oleh pembelinya. Cuma tinggal pair 1 (42 biji) yang tinggal. Itu pun telah dibeli cuma menunggu yolk habis barulah akan diambil oleh pembelinya. Lihat pada catatan itu - Sold Rahim.



Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik. Insya-Allah bertemu di next entry.

Friday, July 9, 2010

Harvest kolam 4E Ke-8

Jutawan Arowana:

Salam kepada semua pengunjung blog Jutawan Arowana. Fuuhh..lama betul blog tidak berupdate. Maaf kepada semua pengunjung. Baru-baru ini, proses harvest kolam 4E pada 07.07.10.

Jadual ditetapkan untuk harvest kolam 4E pada pukul 9.00 pagi. Semasa wakil saya sampai, semua pekerja BMA telah siap untuk menjalankan proses harvest. Pagi itu cuaca agak baik. Banyak juga kolam yang akan dibuka pada hari itu. Dan alhamdulillah kolam 4E mengeluarkan hasil yang banyak juga. Ada 3 pair yang mengeluarkan hasil. Hasil untuk 3 pair ialah 78 ekor.

Pair 1: Ada 42 biji (telur sahaja)
Pair 2: Ada 11 ekor (Anak arowana dengan yolk)
Pair 3: Ada 25 ekor (Anak arowana dengan yolk).

Dan untuk pengetahuan semua, harga bagi seekor anak arowana Highback sekarang adalah RM550.00 seekor yang akan dibeli oleh syarikat BMA kepada pemilik kolam. Inilah gambar-gambar semasa proses harvest tersebut.



Proses Harvest: Ada 3 pair yang mengeluarkan hasil


Telur dan yolk arowana akan di bawa ke ICU


Di dalam ICU: Pengiraan hasil



Pengiraan hasil dilakukan di bilik ICU oleh pekerja BMA dan disaksikan bersama oleh pemilik kolam. Setiap hasil 1 pair diasingkan bekasnya. Jadi ada 3 bekas untuk kolam 4E dan dicatatkan hasilnya sekali.

Contoh: Kolam No.4E, Highback, 07/07/10, 11 Ekor.

Mudah-mudahan semua 78 ekor akan membesar dengan baik ;). Jadi itu saja untuk proses harvest kali ini. Menunggu proses harvest kolam 67D. Terima kasih kepada semua ye.

Thursday, April 8, 2010

Kolam 4E Arowana Highback


Jutawan arowana:


Hotel tempat menginap

Semasa harvest ke-2 untuk kolam 67D tempoh hari, saya ada memberitahu dua orang rakan menyertai proses harvest tersebut. Kami bertemu di Bukit Merah. Beliau juga berminat dengan ternakan arowana ini. Oleh itu, mereka datang untuk melihat bagaimana proses harvest dijalankan.



Sempat bergambar sebelum ke BMA untuk proses harvest


Rakan melihat proses harvest

INFO KOLAM 4E

Harga: RM160,000.00
Arowana: Highback 20 ekor
Tarikh masuk kolam: 28.03.2009

Harvest 1 : 26.05.09 - Tiada hasil
Harvest 2 : 25.07.09 - Hasil 23 ekor

Harvest 3 : 22.09.09 - Hasil 18 ekor

Harvest 4 : 20.11.09 - Hasil 43 ekor

Harvest 5 : 08.01.10 - Tiada hasil

Harvest 6 : 09.03.10 - Hasil 40 ekor

P/s: Harvest seterusnya bagi kolam 67D dan kolam 4E pada bulan Mei nanti. Saya pula tidak dapat menyertai proses harvest tersebut kerana komitmen tugas. Walau bagaimanpun, saya telah mengamanahkan kepada orang kepercayaan saya pergi ke BM untuk proses harvest itu nanti. Moga-moga berhasil. Sama-sama doakan ya. Terima kasih semua.

Sunday, March 28, 2010

Harvest Ke-2 Kolam 67D & Pelaburan Baru Kolam 4E

Jutawan Arowana:

Daisypath Wedding tickers

Harvest ke-2 kolam 67D


Salam kepada semua pengunjung blog Jutawan Arowana. Terima kasih kerana terus sudi untuk mengunjungi blog ini :). Seperti yang anda semua maklum, pada 20.03.2010 yang lepas, saya ke BM sekali lagi untuk proses harvest yang ke-2 bagi kolam 67D. Saya pergi bersama dua orang rakan. Mereka juga berminat untuk melihat ternakan arowana di BM, dan boleh juga melihat proses harvest tersebut.

Tetapi agak mengecewakan sedikit, apabila tiada hasil untuk dituai pada hari itu sama seperti harvest yang pertama. 16 ekor arowana Malaysian Golden di kolam 67D itu belum mempunyai hasil lagi. Kena menunggu pula untuk proses harvest yang ke-3 nanti. Saya berharap, untuk harvest yang ke-3 nanti hasilnya akan ada. Doakan sama-sama ya.

Kolam Highback 4E

Walaupun pada hari itu sedikit mengecewakan, namun saya tetap bersyukur kerana urusan pembelian kolam 4E untuk arowana Highback berjalan dengan lancar. Mengikut rekod BMA, kolam 4E ini sudah mengeluarkan hasil sebanyak 3 kali. 'Track record' yang dicatatkan, hasilnya juga tidak pernah mengecewakan.

Insya-Allah di lain entry saya akan berkongsi tentang kolam 4E ini dan akan berkongsi gambar juga.

Sunday, January 31, 2010

Harvest 1- Arowana MG Kolam 67D

"Redalah dengan apa sahaja yang Allah berikan kepadamu saat itu, nescaya andalah orang yang paling kaya."

Jutawan Arowana:

Bergambar dulu sebelum proses harvest.

Salam kepada semua pengunjung blog Jutawan Arowana. Saya baru berkesempatan untuk update proses harvest tempoh hari. Pada 23.01.2010 yang lepas, saya pergi ke Bukit Merah untuk proses harvest kolam 67D yang pertama. Tetapi tiada hasil yang dapat dituai pada hari itu. Sebanyak tiga buah kolam dibuka pada hari itu, untuk proses harvest. Dan ketiga-tiga kolam tersebut, termasuk kolam saya tiada hasil untuk dituai.

Bagi mereka yang telah lama berkecimpung dalam bidang ternakan arowana ini, keadaan ini adalah perkara biasa. Biasanya untuk proses harvest pertama dan kedua, perkara ini mungkin akan berlaku. Tetapi pelabur tetap tidak mengalami kerugian. Jika saya bercadang untuk menjual induk pada hari tersebut, saya akan untung sebanyak RM32,000.00 dari hasil jualan induk. Ini kerana, harga induk bagi Malaysian Golden telah meningkat ke RM14,000.00 seekor.

Insya-Allah, mudah-mudahan proses harvest yang akan datang akan membuahkan hasil. Sama-sama doakan ye. Inilah gambar-gambar semasa proses harvest tempoh hari.


Pekerja-pekerja BMA bersedia untuk proses harvest




16 ekor arowana induk berada di dalam jala



Orang ramai yang datang untuk melihat hasil tuaian




Pekerja profesional yang memeriksa mulut arowana



"Dalam mulut arowana ini pun tiada hasil tuan." Kata pekerja itu.



Pembeli perseorangan yang datang untuk berunding hasil harvest


P/s: Ada juga beberapa orang pembeli hasil harvest yang datang sedia untuk membeli hasil harvest. Saya boleh menjual hasil harvest kepada syarikat pelabur iaitu BMA atau orang perseorangan.