Showing posts with label Jenis-jenis Arowana. Show all posts
Showing posts with label Jenis-jenis Arowana. Show all posts

Wednesday, June 2, 2010

Red Tail Golden Arowana

Jutawan Arowana:


Kebanyakan Red Tail Golden Arowana akan mempunyai warna emas disisiknya mencapai baris keempat dan sekiranya sisik yang lebih baik akan mempunyai warna emas itu mencapai baris kelima.

Terbaik mengenai spesis ini adalah sisiknya akan bersilang terus di belakang badannya sehingga sisik yang keenam. Jenis ini juga agak mahal di pasaran kerana keunikan sisiknya yang dipanggil Super Highback.

Tuesday, May 4, 2010

Platinum Arowana

Jutawan Arowana:


Platinum Arowana dihasilkan menggunakan teknologi canggih dimana hasil kacukan baka-baka ikan arowana yang terbaik di dunia. Ianya juga merupakan ikan arowana yang termahal di dunia yang pernah dihasilkan. Ianya jarang sekali ditemui, ini kerana hanya pengusaha yang mempunyai teknologi tersebut boleh membiakkan ikan jenis ini.

Malah permintaannya adalah amat tinggi sehingga mencecah ratusan ribu ringgit. Kebanyakan ikan ini dibeli oleh pasaran luar seperti Jepun, Korea, China dan negara-negara barat.

Sunday, April 25, 2010

Mengenali Jantina Arowana

Arowana ini jantan ke betina?

Jutawan Arowana:

Sebenarnya agak sukar juga untuk menentukan jantina bagi seekor arowana. Biasanya orang yang betul-betul mahir dan berpengalaman tentang arowana saja boleh mengenalpastinya. Walauapapun, terdapat ciri-ciri asas yang boleh kita kenalpasti sama ada arowana itu jantan atau betina. Ini ciri-cirinya:

Ikan jantan
Ciri-ciri :
a) Badan memanjang dan langsing
b) Kepala dan mulut yang besar
c) Warna yang lebih menyerlah dari ikan betina
d) Lebih agresif dalam persaingan mendapatkan makanan.

Ikan betina
Ciri-ciri :
a) Badan lebih pendek dan lebar
b) Kepala dan mulut yang kecil
c) Warna kebiasannya pudar berbanding ikan jantan
d) Kurang agresif berbanding ikan jantan dalam persaingan mendapatkan makanan.


Thursday, April 22, 2010

Mengenali si Arowana yang menguntungkan

Jutawan Arowana:


Arowana Asia atau lebih dikenali oleh masyarakat Melayu di Malaysia sebagai ikan kelisa, manakala bagi penduduk-penduduk etnik di beberapa buah daerah di Republik Indonesia sebagai ikan peyang, tangkelesa, kelesa, siluk, kahyangan serta beberapa nama lain lagi, adalah ikan hiasan eksotik klasik bermutu tinggi yang begitu istimewa di kalangan penggemarnya.

Di samping itu juga, ia sangat terkenal dengan nama jolokannya seperti Dragon Fish dan Dragon Bonytongues terutama sekali bagi para pengekspot dan pengimpot ikan yang sedang diancam kepupusan ini. Walau apa pun jua nama yang diberikan kepadanya, Arowana tetap berenang megah sebagai raja ikan hiasan eksotik air tawar yang unik dan eksklusif.

Pengenalan - Arowana Asia

Scleropages formosus

Arowana Asia atau lebih dikenali oleh masyarakat Melayu di Malaysia sebagai "ikan kelisa" serta "Dragon Fish" oleh sesetengah masyarakat Cina khususnya dan "Dragon Bonytongues" oleh para pengekspot/pengimpot ikan-ikan hiasan amnya, adalah spesis ikan hiasan eksotik air tawar yang amat diidamkan oleh kebanyakan pemelihara ikan hiasan akuarium. Ini adalah kerana, spesis ini mampu mempamirkan keasliannya sebagai ikan hiasan klasik yang bermutu tinggi!

Kategori Arowana Emas

Arowana Emas terbahagi kepada dua sub-variasi berikutnya iaitu Arowana Emas Malaysia (Malaysian Golden). Selain itu, ia juga dikenali sebagai (Malayan Bonytongue) dan Arowana Emas Indonesia (Indonesian Golden) atau secara komersialnya dikenali sebagai Red-Tailed Golden - RTG.

Emas Malaysia


Bentuk tubuh dan warna sesirip » Bertubuh agak memanjang dan kelihatan langsing. 1/3 warna pada aras atas dari sektor ekor ke sirip dorsal (sirip tunggal di bahagian atas tubuh) adalah berwarna hijau tua - sedikit tetompok kekuningan, manakala 2/3 warna pada aras bawah dari sektor ekor ke sirip anal (sirip tunggal di bahagian bawah berhampiran ekor), sirip pelvik (sepasang sesirip di bahagian hadapan sektor anus - lazimnya pada bahagian ini warnanya sedikit memudar) serta sepasang sesirip pektoral (sirip paling hadapan di kedua-dua belah sisi tubuh) adalah berwarna oren-kemerahan.

Warna sesisik » Kuning-keemasan (Intensiti 18-24 karat - Arowana Emas Malaysia matang/dewasa) dengan kilauan kebiru-biruan/keungu-unguan jelas kelihatan terimbas pada permukaan sektor teras sesisiknya sewaktu ia kecil - bermula dari bahagian jaluran sesisik ke-4 atau ke-5, malah konfigurasi warna ini mampu meliputi secara keseluruhan sehingga ke bahagian aras jaluran sesisik ke-6 - sektor puncak (setelah berusia 5-6 tahun ke atas). Kedua-dua bebola matanya kelihatan sedikit kuning-kemerahan dan berukurlilit agak besar, manakala warna paling asas bermula dari sektor kepala ke bahagian puncak lazimnya coklat tua-kekelabuan.

Emas Indonesia


Bentuk tubuh dan warna sesirip » Bertubuh agak membujur dan sedikit memendek. 1/3 warna pada aras atas dari sektor ekor ke sirip dorsal (sirip tunggal di bahagian atas tubuh) adalah hijau gelap-kehitaman, manakala 2/3 warna pada aras bawah dari sektor ekor ke sirip anal, sirip pelvik serta sepasang sesirip pektoral adalah merah-merah tua (warna pada sesirip serta ekor Arowana Emas Indonesia lazimnya agak memekat berbanding Arowana Emas Malaysia. Oleh kerana itu jugalah, maka ia dilabel sebagai Arowana Emas Berekor Merah atau Red-Tailed Golden dalam bahasa Inggeris).

Warna sesisik » Kuning-loyang (Intensiti 12-16 karat - Arowana Emas Indonesia matang) dengan sedikit kilauan keungu-unguan kelihatan terimbas pada permukaan sektor teras sesisiknya (kilauannya tidak begitu ketara berbanding Emas Malaysia), bermula dari bahagian jaluran sesisik ke-4 (agak selari dengan aras matanya). Adakala warna ini mampu untuk menjangkau sehingga ke aras jaluran sesisik ke-5 jika dikacuk bersama Arowana Emas Malaysia - proses mutanisasi/hibridisasi). Kedua-dua bebola matanya berukurlilit agak mengecil jika dibandingkan dengan Arowana Emas Malaysia dan berwarna merah gelap, manakala warna paling asas bermula dari sektor kepala ke bahagian puncak lazimnya kekelabu-hitaman.

Kategori Arowana Merah


Arowana Merah terbahagi kepada dua sub-variasi berikutnya iaitu Arowana Merah Cili (Chilli Red) dan Arowana Merah Darah (Blood Red). Kedua-dua sub-variasi ini digelar oleh para pengekspot/pengimpot sebagai Arowana Super Red setelah melampaui proses pengkacukan (hibridisasi) bersama.

Chilli Red

Bentuk tubuh dan warna sesirip » Bertubuh kelihatan agak melebar dan berkepala agak mengecil. Manakala konfigurasi dari bahagian badan ke bahagian kepala kelihatan agak melandai/melengkung. Kesemua sektor sesirip iaitu sepasang sirip pektoral, sepasang sirip pelvik, sirip anal, ekor dan sirip dorsal berwarna merah garang sementara ekornya berbentuk agak dempak/lebar serta berbentuk menajam di bahagian hujungnya.

Warna sesisik » Merah saga pegun (Chilli Red matang/dewasa) haruslah meliputi dari sektor tebing sesisik (bingkai sisik) hingga ke bahagian kedua-dua permukaan sektor pipi (tompokan merah di kedua-dua belah sektor pipi). Manakala warna seakan-akan kehijau-hijauan tua agak kelihatan pada permukaan sektor teras sesisiknya tanpa imbasan kilauan (tidak seperti Kategori Arowana Emas). Kedua-dua bebola matanya berwarna agak kekuning-merahan serta berukurlilit agak besar, manakala warna paling asas bermula dari sektor kepala ke bahagian puncak lazimnya hijau tua-kecoklatan.

Blood Red

Bentuk tubuh dan warna sesirip » Bertubuh agak gempal serta kelihatan memanjang dan langsing. Manakala konfigurasi dari bahagian badan ke bahagian kepala kelihatan agak meruncing/menirus dan bersaiz normal. Kesemua sektor sesirip iaitu sepasang sirip pektoral, sepasang sirip pelvik, sirip anal, ekor dan sirip dorsal adalah berwarna merah pekat sementara ekornya berbentuk melebar dan membulat di bahagian hujungnya (berbanding Chilli Red - konfigurasinya agak menajam di hujung ekornya).

Warna sesisik » Merah pekat pegun (Blood Red matang) akan meliputi dari sektor tebing sesisik (bingkai sisik) hingga ke bahagian kedua-dua permukaan sektor pipi (sama keadaannya dengan Chilli Red). Manakala warna seakan kebiru-biru tua agak kelihatan pada permukaan sektor teras sesisiknya tanpa imbasan kilauan (warna pegun - tidak seperti Kategori Arowana Emas). Kedua-dua bebola matanya berwarna agak kuning-kemerahan serta berukurlilit agak mengecil jika dibandingkan dengan Chilli Red), manakala warna paling asas bermula dari sektor kepala ke bahagian puncak juga lazimnya hijau tua-kecoklatan.

Kategori Arowana Hijau


Arowana Hijau juga terbahagi kepada dua sub-variasi berikutnya iaitu Arowana Hijau Biasa (Common Green) dan Arowana Ekor Kuning (Yellow Tail). Kedua-dua sub-variasi seterusnya ini adalah daripada spesis yang mampu dimiliki oleh kebanyakan penggemar ikan hiasan, terutama sekali bagi pemelihara yang mengambil kira perbelanjaan mereka.

Common Green

Bentuk tubuh dan warna sesirip » Bertubuh kelihatan agak membujur dan sedikit memendek (spesis arowana Asia terpendek dalam genus Osteoglossidae - Osteoglossiformes - Scleropages formosus). Kesemua sektor sesirip iaitu sepasang sirip pektoral, sepasang sirip pelvik, sirip anal, ekor dan sirip dorsal berwarna hijau tua-kekelabuan, sementara ekornya berbentuk agak melebar dan membulat di bahagian hujungnya.

Warna sesisik » Putih pudar yang telus cahaya (Arowana dewasa) harus meliputi dari bahagian abdomen hingga ke aras jaluran ke-5 - sama-sekali tidak memiliki variasi warna yang begitu menonjol berbanding kategori-kategori utama Arowana Asia yang lain. Kedua-dua bebola matanya berwarna jernih kekuningan (adakalanya sedikit kemerahan, bergantung kepada generasi habitat asalnya) serta berukurlilit agak besar, manakala warna paling asas bermula dari sektor kepala ke bahagian puncak lazimnya coklat tua.

Yellow Tail


Bentuk tubuh dan warna sesirip » Sama juga seperti Common Green. Kesemua sektor sesirip iaitu sepasang sirip pektoral, sepasang sirip pelvik, sirip anal, ekor dan sirip dorsal adalah berwarna kuning terang bercampur sedikit jejalur kehijauan.

Warna sesisik » Putih-kepucatan yang agak telus cahaya meliputi dari bahagian abdomen hingga ke aras jaluran sesisik ke-5. Manakala bahagian-bahagian lain sama keadaannya seperti Common Green.

P/s: Layari juga blog e-bigfish. Banyak info tentang arowana boleh diperolehi.

Sunday, December 27, 2009

Slideshow Arowana

"Katakanlah, Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa saja yang dikehendaki-Nya diantara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan-Nya. Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya, dan Dialah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya." (Saba': 39)



Jutawan Arowana:

Salam Maal Hijrah 1431 untuk semua

&

Happy New Year 2010.

*Teruja menunggu proses harvest nanti ;)*

Thursday, December 3, 2009

Harga Arowana

Jutawan Arowana:

Pasaran bagi ikan arowana amat luas kerana permintaan bagi ikan eksotik ini datang dari seluruh dunia. Permintaannya adalah tinggi dan ia semakin meningkat dari masa ke semasa. Permintaan yang tinggi berbanding pengeluaran yang terhad menyebabkan harga ikan arowana sentiasa di tahap yang tinggi.

Oleh itu, dengan modal pembelian induk hanya sekali dan tiada kos tambahan sepanjang penjagaan pihak pengusaha, Insya-Allah akan mendapat pulangan yang lumayan dan menguntungkan. Di sini saya menyenaraikan harga bagi membeli ikan arowana mengikut saiz iaitu peringkat matang, pra-matang dan anak ikan arowana.


Arowana Malaysian Gold

Harga belian arowana juga mengikut JENIS, HARGA SEEKOR dan HARGA SEKOLAM x 16 EKOR arowana di dalamnya :

Ikan Arowana Matang
(Saiz 18 inci ke atas dan umur 2 - 2
1/2 tahun)

1. Platinum Arowana

2. Golden Head Blue Base
-Harga RM15,000/ekor
Harga sekolam x16 ekor RM240,000

3. Malaysian Gold
-Harga RM13,000/ekor
-Harga sekolam x16 ekor RM208,000.00

4. Chilli Red
-Harga RM11,000/ekor
-Harga sekolam x16 ekor RM176,000.00

5. Super Red
-Harga RM11,000/ekor
-Harga sekolam x16 ekor RM176,000.00

6. Highback Golden
-Harga RM5,000/ekor
-Harga sekolam x16 ekor RM80,000.00

______________________________________________

Ikan Arowana Pramatang
(Saiz 18 inci ke bawah dan umur 1 - 2 tahun)

1. Platinum Arowana

2. Golden Head Blue Base
-Harga RM12,000/ekor

3. Malaysian Gold
-Harga RM7,000/ekor

4. Chilli Red
-Harga RM7,000/ekor

5. Super Red
-Harga RM5,000/ekor

6.
Highback Golden
-Harga RM3,000/ekor

_______________________________________________

Anak Ikan Arowana
(Saiz 3 - 4 inci)

1. Platinum Arowana

2. Golden Head Blue Base
-Harga RM3,600 - ke atas/ekor

3. Malaysian Gold
-Harga RM1,500 - 2,500/ekor

4. Chilli Red
-Harga RM1,500 - 2,500/ekor

5. Super Red
-Harga RM1,000 - 1,800/ekor

6. Highback Golden
-Harga RM400 - 550/ekor

Saya juga akan berkongsi contoh pengiraan agar anda dapat memahami dengan jelas lagi. Anda juga boleh terus menghubungi saya.