Jutawan Arowana:
Selepas lawatan pertama, banyak maklumat yang saya perolehi untuk membuat keputusan. Akhirnya, saya telah memilih Bukit Merah Aquaculture Sdn Bhd sebagai syarikat untuk saya melabur. Syarikat Bukit Merah Aquaculture akan bertanggungjawab untuk menjaga induk arowana dan segala kos makanan dan lain-lain yang berkaitan dengan ikan tersebut. Saya telah diberikan kolam 67D dengan 16 ekor induk arowana.
Lawatan kali ini adalah untuk menandatangani perjanjian antara saya dan Bukit Merah Aquaculture Sdn Bhd. Di sini saya akan tunjukkan gambar-gambarnya:Bukit Merah Aquaculture Sdn Bhd
Bukit Merah, Perak
Inilah pejabat Bukit Merah Aquaculture Sdn Bhd.
Membaca dan meneliti perjanjian sebelum ditandatangani. Bersama Pembantu Pengarah Urusan Bukit Merah Aquaculture Sdn Bhd- Cik Lin.
Bismillah..Menandatangani perjanjian jual beli untuk kolam 67D.
He sempat lagi bergambar. Fail mahal ni..
Saya dibawa melihat kolam 67D yang akan menempatkan 16 ekor induk arowana.
Inilah kolam 67D.
Cek berjumlah RM192,ooo.oo untuk sebuah kolam.
Syukur Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan. Selepas ini, induk arowana akan dimasukkan ke dalam kolam. Setiap satu ikan arowana akan discan chip dalam badannya untuk mengenalpasti dan sebagai rekod. Nanti saya akan berkongsi dengan anda semua.