Showing posts with label My Trip. Show all posts
Showing posts with label My Trip. Show all posts

Monday, August 9, 2010

Jom Makan Buah

Jutawan Arowana:

Entry kali ini bukan berkenaan arowana ye :). Baru-baru ini saya menghadiri seminar di Bangi, sambil itu berkesempatan pergi makan buah. Jom Makan Buah diadakan pada 7 & 8 August bertempat di Putrajaya. Pilih, bayar dan makan. Kami apalagi tak melepaskan peluang makan sampai tak larat . Saya pula memang peminat tegar buah durian :). Sekali masuk Rm15 dan makan lah buah-buahan di situ sampai puas. Ramai juga pengunjung hari itu.



Gerai-gerai menjual buah-buahan


Durian party.

Round 1 :).


Rakan-rakan semeja.

Round 2 :):).




Round 3 :):):).

Alhamdulillah selesai. Bruppp.

P/s: Insya-Allah, lusa Ramadhan Al-Mubarak akan menjengah. Salam Ramadhan kepada semua pengunjung blog Jutawan Arowana. Sama-sama kita menggandakan amal ibadah di bulan berkah ini. Ya Allah..Berkati puasa kami, rahmati Ramadhan kami. Moga magfirah selalu bersama kami. Amin.

Saturday, August 7, 2010

Akuarium Laketown Resort

Jutawan Arowana:

Salam kepada semua. Lama saya tidak mengupdate blog Jutawan Arowana ini. Maklumlah tiada cerita terbaru dan proses harvest pun tiada pada bulan ini. Tunggu bulan hadapan :). Apapun saya ingin berkongsi gambar arowana yang terdapat di sekitar Laketown Resort, Bukit Merah. Hari itu saya sempat mengambil gambar arowana yang terpelihara di dalam akuarium di situ. Jadi saya upload di sini sebagai tatapan semua tapi gambar arowana tak berapa jelas sangat :).

Pintu Masuk ke Bukit Merah Laketown Resort

Antara arowana yang terdapat di situ.





Kafe di kawasan ini

P/s: Selamat berhujung minggu bersama keluarga kepada semua.

Sunday, May 16, 2010

Harvest Kolam 4E dan Fail Perjanjian

Jutawan Arowana:

Salam kepada semua pengunjung blog. Mohon maaf juga kepada semua kerana lama tidak memasukkan entri baru. Sudah ber'sawang' nampaknya blog ini, - istilah yan selalu digunakan oleh rakan blogger. Kekangan masa dan banyak tugas-tugas yang perlu diselesaikan. Lagipun semasa proses harvest kolam 4E, saya tidak berkesempatan untuk pergi.

Cuma 'rakan kongsi' saja yang pergi ke sana. Hasil pula tiada. Dalam 10 kolam yang 'dibuka' pada hari itu, cuma 2 kolam yang mempunyai hasil. Permintaan pula semakin tinggi, dan semua hasil pada hari itu sudah pun di'booking' kata Lin.

Belum rezeki nampaknya. Jadi 'mereka' ke sana bolehlah dikatakan sebagai pergi bercuti. Melawat-lawat sekitar Bukit Merah Laketown itu. Gambar saja lah sebagai tatapan ye bagi mereka yang belum berkesempatan ke Bukit Merah Laketown.


Suria Service Apartments - Hotel biasanya tempat menginap


Nun di sana Pulau Orang Utan



Pejabat - Bukit Merah Aquaculture



P/s: Fail Perjanjian Arowana Highback kolam4E.

Thursday, April 8, 2010

Kolam 4E Arowana Highback


Jutawan arowana:


Hotel tempat menginap

Semasa harvest ke-2 untuk kolam 67D tempoh hari, saya ada memberitahu dua orang rakan menyertai proses harvest tersebut. Kami bertemu di Bukit Merah. Beliau juga berminat dengan ternakan arowana ini. Oleh itu, mereka datang untuk melihat bagaimana proses harvest dijalankan.



Sempat bergambar sebelum ke BMA untuk proses harvest


Rakan melihat proses harvest

INFO KOLAM 4E

Harga: RM160,000.00
Arowana: Highback 20 ekor
Tarikh masuk kolam: 28.03.2009

Harvest 1 : 26.05.09 - Tiada hasil
Harvest 2 : 25.07.09 - Hasil 23 ekor

Harvest 3 : 22.09.09 - Hasil 18 ekor

Harvest 4 : 20.11.09 - Hasil 43 ekor

Harvest 5 : 08.01.10 - Tiada hasil

Harvest 6 : 09.03.10 - Hasil 40 ekor

P/s: Harvest seterusnya bagi kolam 67D dan kolam 4E pada bulan Mei nanti. Saya pula tidak dapat menyertai proses harvest tersebut kerana komitmen tugas. Walau bagaimanpun, saya telah mengamanahkan kepada orang kepercayaan saya pergi ke BM untuk proses harvest itu nanti. Moga-moga berhasil. Sama-sama doakan ya. Terima kasih semua.

Sunday, January 31, 2010

Harvest 1- Arowana MG Kolam 67D

"Redalah dengan apa sahaja yang Allah berikan kepadamu saat itu, nescaya andalah orang yang paling kaya."

Jutawan Arowana:

Bergambar dulu sebelum proses harvest.

Salam kepada semua pengunjung blog Jutawan Arowana. Saya baru berkesempatan untuk update proses harvest tempoh hari. Pada 23.01.2010 yang lepas, saya pergi ke Bukit Merah untuk proses harvest kolam 67D yang pertama. Tetapi tiada hasil yang dapat dituai pada hari itu. Sebanyak tiga buah kolam dibuka pada hari itu, untuk proses harvest. Dan ketiga-tiga kolam tersebut, termasuk kolam saya tiada hasil untuk dituai.

Bagi mereka yang telah lama berkecimpung dalam bidang ternakan arowana ini, keadaan ini adalah perkara biasa. Biasanya untuk proses harvest pertama dan kedua, perkara ini mungkin akan berlaku. Tetapi pelabur tetap tidak mengalami kerugian. Jika saya bercadang untuk menjual induk pada hari tersebut, saya akan untung sebanyak RM32,000.00 dari hasil jualan induk. Ini kerana, harga induk bagi Malaysian Golden telah meningkat ke RM14,000.00 seekor.

Insya-Allah, mudah-mudahan proses harvest yang akan datang akan membuahkan hasil. Sama-sama doakan ye. Inilah gambar-gambar semasa proses harvest tempoh hari.


Pekerja-pekerja BMA bersedia untuk proses harvest




16 ekor arowana induk berada di dalam jala



Orang ramai yang datang untuk melihat hasil tuaian




Pekerja profesional yang memeriksa mulut arowana



"Dalam mulut arowana ini pun tiada hasil tuan." Kata pekerja itu.



Pembeli perseorangan yang datang untuk berunding hasil harvest


P/s: Ada juga beberapa orang pembeli hasil harvest yang datang sedia untuk membeli hasil harvest. Saya boleh menjual hasil harvest kepada syarikat pelabur iaitu BMA atau orang perseorangan.