Tuesday, February 16, 2010

Nombor Chip Arowana MG kolam 67D

Jutawan Arowana:

Nombor chip arowana ini diberi oleh BMA selepas memasukkan induk arowana ke dalam kolam 67D tempoh hari. Saya baru memasukkan ke dalam blog.

sekadar hiasan

SENARAI NOMBOR CHIP

KOLAM: 67D

OWNER: EN.BUSTANG BIN BACO

NO

NO.CHIP

JENIS AROWANA

1

484357005E

MALAYSIAN GOLD

2

1828005001

MALAYSIAN GOLD

3

1828005006

MALAYSIAN GOLD

4

4849537659

MALAYSIAN GOLD

5

484F027A37

MALAYSIAN GOLD

6

1828004116

MALAYSIAN GOLD

7

4848694D74

MALAYSIAN GOLD

8

4843725533

MALAYSIAN GOLD

9

1828004112

MALAYSIAN GOLD

10

4843522637

MALAYSIAN GOLD

11

1828004117

MALAYSIAN GOLD

12

1828005009

MALAYSIAN GOLD

13

4843673A76

MALAYSIAN GOLD

14

1828003967

MALAYSIAN GOLD

15

1828022910

MALAYSIAN GOLD

16

484369707

MALAYSIAN GOLD



P/s: Oh ya, Insya-Allah saya akan berkongsi dengan semua tentang usahawan tani yang berjaya dan usahawan berjaya melalui internet untuk motivasi kita bersama.

Saturday, February 6, 2010

Lokasi Jutawan Arowana di BM

Jutawan Arowana:










P/s : Lokasi Jutawan Arowana di Bukit Merah, Perak.

Wednesday, February 3, 2010

Harga Arowana: Terkini | 03.02.10

Jutawan Arowana:

sumber

Ini adalah harga terkini arowana yang saya perolehi dari BMA semasa proses harvest tempoh hari pada 24.01.2010. Teman-teman pengunjung, jika berminat dan mempunyai modal boleh membuat tindakan selanjutnya. Untuk pengetahuan semua, harga induk arowana semakin meningkat dan akan terus meningkat memandangkan permintaan yang semakin tinggi terhadap ikan arowana.

Di sini, saya berikan senarai ikan arowana:

SENARAI HARGA AROWANA

1) Malaysian Golden
Matang: RM 14,000.00 x 20 ekor = RM 280,000.00
Pramatang: RM 10,000.00/ seekor
Anak: RM 2,500.00/ seekor
Harga belian hasil anak: RM 1,800.00/ seekor

2) Super Red
Matang: RM 10,000.00 x 20 ekor = RM 200,000.00
Pramatang: RM 8,000.00/ seekor
Anak: RM 1,500.00/ seekor
Harga belian hasil anak: RM 900.00/ seekor

3) High Back
Matang: RM 5,000.00 x 20 ekor = RM 100,000.00
Pramatang: RM 4,000.00/ seekor
Anak: RM 600.00/ seekor
Harga belian hasil anak: RM 420.00/ seekor

4) Banjar Red
Matang: RM 2,500.00 x 20 ekor = RM 50,000.00
Pramatang: RM 2,000.00/ seekor
Anak: RM 200.00/ seekor
Harga belian hasil anak: RM 150.00/ seekor

5) Green Arowana
Matang: RM 1,800.00 x 20 ekor = RM 36,000.00
Pramatang: RM 1,500.00/ seekor
Anak: RM 100.00/ seekor
Harga belian hasil anak: RM 50.00/ seekor

P/s: Oh! Sekarang saya dalam proses rundingan bersama BMA untuk membuka 2 buah kolam lagi di Block G. Sebuah kolam untuk Malaysian Golden dan sebuah kolam lagi untuk Highback. Insya-Allah. Jom sertai sama-sama.

Sunday, January 31, 2010

Harvest 1- Arowana MG Kolam 67D

"Redalah dengan apa sahaja yang Allah berikan kepadamu saat itu, nescaya andalah orang yang paling kaya."

Jutawan Arowana:

Bergambar dulu sebelum proses harvest.

Salam kepada semua pengunjung blog Jutawan Arowana. Saya baru berkesempatan untuk update proses harvest tempoh hari. Pada 23.01.2010 yang lepas, saya pergi ke Bukit Merah untuk proses harvest kolam 67D yang pertama. Tetapi tiada hasil yang dapat dituai pada hari itu. Sebanyak tiga buah kolam dibuka pada hari itu, untuk proses harvest. Dan ketiga-tiga kolam tersebut, termasuk kolam saya tiada hasil untuk dituai.

Bagi mereka yang telah lama berkecimpung dalam bidang ternakan arowana ini, keadaan ini adalah perkara biasa. Biasanya untuk proses harvest pertama dan kedua, perkara ini mungkin akan berlaku. Tetapi pelabur tetap tidak mengalami kerugian. Jika saya bercadang untuk menjual induk pada hari tersebut, saya akan untung sebanyak RM32,000.00 dari hasil jualan induk. Ini kerana, harga induk bagi Malaysian Golden telah meningkat ke RM14,000.00 seekor.

Insya-Allah, mudah-mudahan proses harvest yang akan datang akan membuahkan hasil. Sama-sama doakan ye. Inilah gambar-gambar semasa proses harvest tempoh hari.


Pekerja-pekerja BMA bersedia untuk proses harvest




16 ekor arowana induk berada di dalam jala



Orang ramai yang datang untuk melihat hasil tuaian




Pekerja profesional yang memeriksa mulut arowana



"Dalam mulut arowana ini pun tiada hasil tuan." Kata pekerja itu.



Pembeli perseorangan yang datang untuk berunding hasil harvest


P/s: Ada juga beberapa orang pembeli hasil harvest yang datang sedia untuk membeli hasil harvest. Saya boleh menjual hasil harvest kepada syarikat pelabur iaitu BMA atau orang perseorangan.