Tuesday, July 13, 2010

Harvest akan datang..

Jutawan Arowana:


Salam kepada semua. Semasa harvest kolam saya iaitu 4E tempoh hari, saya tidak berkesempatan untuk melihat hasilnya dengan mata sendiri. Apapun, alhamdulilah agak banyak juga hasilnya. 3 pair yang mengeluarkan hasil. Logik jugaklah sebab semasa harvest sebelumnya tu, memang tiada hasil.

Untuk kolam say 67D yang akan harvest pada 21.07.2010 ini, saya juga tidak dapat turun ke Bukit Merah. Walau bagaimanapun, wakil saya akan pergi ke BM untuk proses harvest itu nanti. Mudah-mudahan ada hasil pada kali ini. Doakan semua ye :).

Friday, July 9, 2010

Harvest kolam 4E Ke-8

Jutawan Arowana:

Salam kepada semua pengunjung blog Jutawan Arowana. Fuuhh..lama betul blog tidak berupdate. Maaf kepada semua pengunjung. Baru-baru ini, proses harvest kolam 4E pada 07.07.10.

Jadual ditetapkan untuk harvest kolam 4E pada pukul 9.00 pagi. Semasa wakil saya sampai, semua pekerja BMA telah siap untuk menjalankan proses harvest. Pagi itu cuaca agak baik. Banyak juga kolam yang akan dibuka pada hari itu. Dan alhamdulillah kolam 4E mengeluarkan hasil yang banyak juga. Ada 3 pair yang mengeluarkan hasil. Hasil untuk 3 pair ialah 78 ekor.

Pair 1: Ada 42 biji (telur sahaja)
Pair 2: Ada 11 ekor (Anak arowana dengan yolk)
Pair 3: Ada 25 ekor (Anak arowana dengan yolk).

Dan untuk pengetahuan semua, harga bagi seekor anak arowana Highback sekarang adalah RM550.00 seekor yang akan dibeli oleh syarikat BMA kepada pemilik kolam. Inilah gambar-gambar semasa proses harvest tersebut.



Proses Harvest: Ada 3 pair yang mengeluarkan hasil


Telur dan yolk arowana akan di bawa ke ICU


Di dalam ICU: Pengiraan hasil



Pengiraan hasil dilakukan di bilik ICU oleh pekerja BMA dan disaksikan bersama oleh pemilik kolam. Setiap hasil 1 pair diasingkan bekasnya. Jadi ada 3 bekas untuk kolam 4E dan dicatatkan hasilnya sekali.

Contoh: Kolam No.4E, Highback, 07/07/10, 11 Ekor.

Mudah-mudahan semua 78 ekor akan membesar dengan baik ;). Jadi itu saja untuk proses harvest kali ini. Menunggu proses harvest kolam 67D. Terima kasih kepada semua ye.

Wednesday, June 2, 2010

Red Tail Golden Arowana

Jutawan Arowana:


Kebanyakan Red Tail Golden Arowana akan mempunyai warna emas disisiknya mencapai baris keempat dan sekiranya sisik yang lebih baik akan mempunyai warna emas itu mencapai baris kelima.

Terbaik mengenai spesis ini adalah sisiknya akan bersilang terus di belakang badannya sehingga sisik yang keenam. Jenis ini juga agak mahal di pasaran kerana keunikan sisiknya yang dipanggil Super Highback.

Sunday, May 23, 2010

Arowana di Majalah 3

Jutawan Arowana:




P/s: Majalah 3 rancangan di TV3 yang memaparkan tentang arowana di BM.

Sunday, May 16, 2010

Harvest Kolam 4E dan Fail Perjanjian

Jutawan Arowana:

Salam kepada semua pengunjung blog. Mohon maaf juga kepada semua kerana lama tidak memasukkan entri baru. Sudah ber'sawang' nampaknya blog ini, - istilah yan selalu digunakan oleh rakan blogger. Kekangan masa dan banyak tugas-tugas yang perlu diselesaikan. Lagipun semasa proses harvest kolam 4E, saya tidak berkesempatan untuk pergi.

Cuma 'rakan kongsi' saja yang pergi ke sana. Hasil pula tiada. Dalam 10 kolam yang 'dibuka' pada hari itu, cuma 2 kolam yang mempunyai hasil. Permintaan pula semakin tinggi, dan semua hasil pada hari itu sudah pun di'booking' kata Lin.

Belum rezeki nampaknya. Jadi 'mereka' ke sana bolehlah dikatakan sebagai pergi bercuti. Melawat-lawat sekitar Bukit Merah Laketown itu. Gambar saja lah sebagai tatapan ye bagi mereka yang belum berkesempatan ke Bukit Merah Laketown.


Suria Service Apartments - Hotel biasanya tempat menginap


Nun di sana Pulau Orang Utan



Pejabat - Bukit Merah Aquaculture



P/s: Fail Perjanjian Arowana Highback kolam4E.

Tuesday, May 4, 2010

Platinum Arowana

Jutawan Arowana:


Platinum Arowana dihasilkan menggunakan teknologi canggih dimana hasil kacukan baka-baka ikan arowana yang terbaik di dunia. Ianya juga merupakan ikan arowana yang termahal di dunia yang pernah dihasilkan. Ianya jarang sekali ditemui, ini kerana hanya pengusaha yang mempunyai teknologi tersebut boleh membiakkan ikan jenis ini.

Malah permintaannya adalah amat tinggi sehingga mencecah ratusan ribu ringgit. Kebanyakan ikan ini dibeli oleh pasaran luar seperti Jepun, Korea, China dan negara-negara barat.

Sunday, May 2, 2010

Peranan CITES

Jutawan Arowana:

Convention On International Trade In Endangered Species Of Wild Fauna And Flora


CITES telah diasaskan dan telah ditandatangani di Geneva, Switzerland pada penghujung tahun 70'an secara bersama oleh beberapa buah negara yang menggariskan spesis Arowana Asia (Scleropages formosus) sebagai spesis fauna yang paling dilindungi (Appendix 1 akta CITES), sekaligus membasmi daripada terus diancam kepupusan.

Badan ini juga berperanan untuk memantau isu-isu penangkapan, pemilikan, pemasaran, pembiakan, penyeludupan, pengimpotan dan pengekspotan secara haram di negara-negara yang diharamkan perdagangannya. Secara komersial, bagi setiap arowana Asia yang telah menjangkau ukuran 5 - 6 inci panjang (piawaian eksport), mereka lazimnya akan disertakan 'tag' bersamanya melalui kaedah penyuntikan sebutir 'mikrocip berdigital', dengan menyuntik-masuk ke dalam tubuh menerusi bawah salah satu kepingan sisik arowana Asia (biasanya pada sektor abdomal), bertujuan bagi menetapkan identiti atau jenis keturunan serta tempat asal ia dibiakkan (ladang pembiakan).


Di Malaysia, Jabatan Perikanan Malaysia bertanggungjawab dalam memantau segala aktiviti-aktiviti yang membabitkan spesis fauna air tawar yang dilindungi ini. Untuk tujuan pembiakan komersial pula, para bakal pembiak lazimnya harus memiliki sekurang-kurangnya 50-80 ekor baka ternak asal bagi melayakkan usaha mereka untuk membiakkan arowana Asia dan seterusnya melaksanakan aktiviti pemasaran domestik, mengimpot atau mengekspot.

Manakala setiap generasi biak komersial (generasi F2 - Second Filial, dan seterusnya) seperti Kategori Emas dan Kategori Merah, sijil perakuan identiti yang diiktiraf oleh sekretariat CITES akan disediakan oleh pembiak, untuk diserahkan bersama-sama 'produk komersial' mereka kepada setiap bakal pelanggan yang berpotensi. Ini juga adalah sebagai langkah rasmi bagi pembiak-pembiak komersial menjalankan aktiviti-aktiviti pengekspotan dan juga pengimpotan fauna yang dilindungi ini.


Contoh sijil perakuan identiti spesis arowana Asia yang diserahkan oleh pembiak komersial berdaftar CITES kepada pemborong/peniaga, untuk disertakan bersama-sama spesis arowana Asia (Kategori Emas & Merah) kepada bakal pembeli.

P/s: Boleh juga layari bonytongue2000.tripod.com