I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, July 25, 2011

Blog update | Harvest Kolam 67D

Jutawan Arowana:

Salam kepada semua. Harap semuanya sihat walafiat. Finally, setelah lebih kurang 6 bulan blog tidak ber'update', Alhamdulillah dapat juga saya mengemaskini blog hari ini. Template pun cuba tukar yang baru. Saya ingin memohon maaf kepada rakan-rakan atau pengunjung yang selalu berkunjung, tetapi hampa sebab tiada maklumat terkini. Ada juga rakan-rakan yang bertanya, tapi tidak berjawab.

Aktiviti saya seperti biasa, walaupun blog tak berupdate, proses harvest terus berjalan. Kadang-kadang saya sendiri turun ke Bukit Merah, kadang-kadang tidak. Hasil pun.. Alhamdulillah kadang-kadang ada rezeki dan kadang-kadang tiada :D. Biasalah tu kan. Jika ada masa nanti saya akan update proses harvest yang telah lepas ye.

Ini gambar-gambar semasa proses harvest MG Kolam 67D baru-baru ini pada sabtu lepas 23.07.2011. Tiada hasil diperolehi. Walaupun tiada hasil, senyum juga la sebab dapat cek untuk bayaran harvest yang lepas sebanyak 22k.








Ok bertemu lagi di next entri, InshaAllah. Salam Ramdhan kepada semua, yang tinggal beberapa hari lagi akan menjelma.

P/s: Kredit picture - My sister Lensa Nurrkasih ~

Saturday, January 29, 2011

Update | Proses Harvest

Jutawan Arowana:
Salam kepada semua. Lama juga blog tak berupdate. Apapun hari ini saya cuma akan update untuk proses harvest bagi kolam 4E dan kolam 67D yang telah lepas.

Arowana Highback Kolam 4E
Tarikh : 04 Jan 2011
Hasil : Tiada hasil

Arowana Malaysian Golden Kolam 67D
Tarikh : 19 Jan 2011
Hasil:
Fair 1 - 21 yolk

Fair 2 - 19 telur baru.

Inilah hasil bagi kedua-dua kolam untuk bulan Januari. Kedua-dua harvest ini saya tidak dapat datang sendiri ke BM. Namun Alhamdulillah ada hasil juga. Next harvest Insya-Allh pada bulan Mac nanti.

P/s: Next entry saya ingin kongsikan pula tentang ternakan Burung Walit. Ada sesiapa yang telah menyertai perusahaan ini?? Boleh lah kongsikan bersama :).

Saturday, December 25, 2010

Harga Arowana: Update 04.11.2010

Jutawan Arowana:

Salam kepada semua. Fuhhh..lama betul rasanya tak mengupdate blog. Dekat sebulan juga :). Banyak yang ingin saya kongsikan kepada semua. Tetapi untuk entry kali ini, saya ingin kongsikan harga arowana terkini yang saya perolehi. Harga ini saya perolehi semasa harvest tempoh hari.

MALAYSIAN GOLD
Matang : RM 15,000.00-17,000.00 x 20 ekor = RM 300,000.00 - RM 340,000.00
Pramatang : RM 12,000.00
Anak : RM 2,500.00
Harga Belian Anak : RM 1,800.00

SUPER RED
Matang : RM 10,000.00 x 20 ekor = RM 200,000.00
Anak : RM 1,400.00
Harga Belian Anak : RM 800.00

HIGH BACK
Matang : RM 6,000.00 x 20 ekor = RM 120,000.00
Pramatang : RM 4,500.00
Anak : RM 700.00
Harga Belian Anak : RM 500.00

BANJAR RED
Matang : RM 2,500.00 x 20 ekor = RM 50,000.00
Pramatang : RM 2,000.00
Anak : RM 250.00
Harga Belian Anak : RM150.00

GREEN AROWANA,
Matang :RM 1,800.00 x 20 ekor = RM 36,000.00
Anak : RM 150.00
Harga Belian Anak : RM 50.00

P/s: Harap harga arowana ini dapat memberi panduan kepada semua yang beminat. Selamat berhujung minggu :).

Monday, November 8, 2010

Harvest kolam 4E ke-10

Jutawan Arowana:

Salam kepada semua. Pada 04.11.2010 yang lalu, proses harvest kali ke-10 untuk kolam tersebut dan kali ke-5 untuk saya sejak saya membeli kolam arowana Highback ini. Alhamdulillah, 3 pair yang telah mengeluarkan hasil. Semasa proses harvest itu, Pair 1 telah pun mengeluarkan anak ikan dari mulutnya. Sudah matang untuk terus menyimpannya. Anak arowana yang telah matang dan tidak mempunyai yolk lagi . Kiranya dah boleh jual terus la :). Jumlah hasil adalah 63 ekor (jika semuanya selamat).

Ini hasil dari 3 pair:

Pair 1 : Ada 15 ekor
Pair 2 : Ada 14 ekor
Pair 3 : Ada 34 biji telur baru

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Nanti saya akan update harga terbaru arowana ye.

Kolam 4E (HB) - Harvest pada pukul 10.00 pagi


Pekerja-pekerja yang menjalankan proses harvest


Pair 1: Memungut anak arowana yang telah dikeluarkan dari induk arowana


Pair 3: Telur baru

Pair 2: 14 ekor tolak seekor kena gigitan. Tapi mungkin masih boleh diselamatkan lagi ;).

Di dalam ICU: 34 B telur sangat2 baru.

Ok, ini sahaja untuk proses harvest kali ini. Menunggu proses harvest seterusnya untuk kolam arowana Malaysian Gold 67D pula. Mudah-mudahan ada hasil...

Friday, October 29, 2010

Arowana: From my compact :)

Jutawan Arowana:

Salam kepada semua. Hampir 3 minggu blog Jutawan Arowana tidak ber'update'. Terima kasih kepada rakan-rakan yang terus datang berkunjung. Ada pengunjung ke? he. Kenapa lama blog tidak berupdate? Di samping sibuk dengan rutin tugas-tugas seharian, saya juga sedang dalam usaha untuk membuat satu projek. Tetapi masih dalam tahap perbincangan lagi. Apapun harap ia akan berjalan lancar.

Arowana alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik, mengikut info dari BMA. Dan minggu depan kolam 4E akan harvest pada 4.11.2010 tetapi saya tidak dapat datang ke Bukit Merah pada harvest tersebut. Mudah-mudahan, kolam 4E ini akan mengeluarkan hasil juga.

Entry kali ini saya akan upload gambar-gambar arowana yang saya ambil. Gambar ini saya ambil ketika mula-mula terlibat dalam pelaburan arowana di Bukit Merah. Kualiti gambar kurang memuaskan tapi boleh lah sebagai tatapan semua ye.





P/s: Lepas ini harap dapat update blog sekerap mungkin :).

Friday, October 8, 2010

Jalan-jalan ke Kota Singa

Jutawan Arowana:

Salam Jumaat kepada semua. Bagaimana syawal anda? Tentu banyak juga jemputan rumah terbuka yang diterima dari saudara dan kawan-kawan kan? Mudah-mudahan semuanya dimurahkan rezeki ye.

Hari ini saya hanya ingin post berkenaan one day trip saya ke Kota Singa, Singapura tempoh hari. Datang melawat ke sana dan melihat-lihat jika ada peluang perniagaan juga. Sambil menyelam minum air orang kata. Sambil-sambil itu, sempat juga mengambil gambar di situ.






P/s: Selamat berhujung minggu kepada semua.

Thursday, September 30, 2010

Pengalaman Usahawan 2

Jatuh bangun seorang penternak udang

Artikel dan gambar oleh NORZAINURA ABDUL MAJID


Najee Muddin Ibrahim BANGGA MENUNJUKKAN UDANG HASIL KOLAMNYA DI BATU PAHAT, JOHOR.

MENGALAMI kerugian pada tahun pertama pembabitannya dalam bidang penternakan air tawar atau akuakultur tidak mematahkan semangat anak muda ini untuk terus melangkah lebih jauh dalam penternakan udang tanpa menoleh ke belakang.

Berpegang kepada prinsip tidak mahu mengaku kalah, Najee Muddin Ibrahim, 37, melangkah lebih jauh dalam penternakan udang tanpa rasa ragu dan menjadikan setiap kelemahan sebagai penguat semangat untuk terus maju.

Dengan sokongan padu daripada ahli keluarga serta rakan-rakan rapat menjadikan dia seorang yang gigih dalam setiap apa yang diusahakannya.

'Saya memulakan projek ternakan udang harimau ini sejak tujuh tahun lalu dengan modal sendiri sebanyak RM760,000 tanpa pinjaman atau bantuan daripada mana-mana institusi kewangan," jelasnya.

Pada awal pembabitannya, Najee Muddin berkongsi bersama seorang rakan tetapi selepas mengalami kerugian akibat kurang kemahiran, dia tidak pernah putus asa dan yakin dalam setiap apa yang diusahakannya.

Kegagalan lalu dijadikan sebagai penguat semangat dan sokongan daripada keluarga yang tidak putus-putus menjadikannya begitu tabah meski jauh di sudut hati dia berasa agak kecewa.

Bapa kepada tiga orang anak ini bermula dengan membeli 4.5 hektar tanah dengan kos lebih RM100,000 untuk membuat kolam udang harimau di Lot 3033, Kampung Teluk Bakong, Sungai Kajang, Batu Pahat, Johor kira-kira tujuh tahun lalu.

Najee Muddin memulakan ternakan udang dengan empat buah kolam ternakan berukuran 49,000 kaki persegi setiap satu.

Kini dia mempunyai enam buah kolam udang dengan empat pekerja yang bertanggungjawab menjaga pemakanan ternakannya dan kebersihan kolam-kolam berkenaan.

Menurutnya, benih anak udang diperoleh daripada pembekal di Johor Bahru dengan harga tiga sen hingga RM1.20 seekor, bergantung kepada usia benih itu.

Setiap kali membeli benih, dia memerlukan RM11,000 untuk tiga tan benih bagi memenuhi semua kolam yang diusahakan pada awal pembabitannya dulu.

Dua tahun saya berusaha keras untuk menjayakan kolam udang ini, barulah ia menampakkan hasil.

Tahun pertama selalu rugi, banyak udang mati kerana keadaan air yang tak sesuai," katanya ketika ditemui kolam ternakan udangnya baru-baru ini.

Banyak cabaran yang terpaksa dilaluinya terutama dari segi harga udang yang ada turun naiknya.

Tetapi pada tahun ini, apabila harga udang harimau agak tinggi beliau turut menternak udang putih yang mendapat permintaan di pasaran dengan harga pasaran yang lebih rendah tetapi permintaannya tinggi.

Dia yang mulanya mendapat bimbingan daripada Jabatan Perikanan turut menyertai pelbagai kursus yang dianjurkan bagi menambahkan pengetahuannya dalam bidang penternakan udang dan ikan.

Bermula dari situ, kemahiran dalam menternak udang dapat diketahui dari semasa ke semasa.

Ini menjadikan Najee Muddin yakin dan bersemangat dalam apa yang diusahakan agar kerugian dan pengalaman pahit yang dilaluinya di awal pembabitan dalam ternakan udang dapat ditebus sekali gus menjadikan dirinya seorang yang tidak mudah mengalah.

Tambahnya lagi, udang ternakannya akan dihantar kepada dua pemborong tetap untuk pasaran di Johor Bahru dan Singapura selain pasaran lain di dalam negara.

Hasil kegigihannya, Najee Muddin dianugerahkan sebagai Wira Tani (Belia) oleh Jabatan Belia dan Sukan Johor pada tahun lalu juga mendapat Anugerah Belia Tani peringkat Kebangsaan.

Kini Najee Muddin telah membuka syarikatnya sendiri iaitu Najee Brothers Sdn. Bhd. dan sedang merangka untuk membesarkan projek ternakan udangnya untuk pasaran antarabangsa.

Tambahnya, dia telah mendapat 2,000 hektar kawasan di Tanjung Manis Halal Park Sarawak dan akan mengusahakan ternakan udang harimau, udang putih dan ikan kerapu.

"Dalam perjanjian yang telah dimeterai, saya diberi tempoh pajakan selama 30 tahun untuk mengusahakan kawasan berkenaan dan modal yang diperlukan ialah RM2 billion," jelasnya.

Selain menternak udang dan ikan, beliau juga akan mengusahakan makanan frozen berasaskan udang dan ikan dan akan di eksport ke luar negara khusus untuk mereka yang beragama Islam.

Katanya lagi, kertas kerja telah pun disiapkan dan kajian terperinci telah pun dibuat oleh konsultan yang dilantik dari Singapura.

Setakat ini katanya, sebuah syarikat dari Hong Kong berminat untuk menjadi pelabur memandangkan produk halal Malaysia yang akan dihasilkannya adalah dari Zon Halal Park.

Justeru katanya, dengan adanya produk makanan sejuk beku berasaskan ikan dan udang serta halal, ia akan memudahkan warga Islam di luar negara seperti Jepun dan Hong Kong mendapatkan makanan yang halal tanpa rasa ragu.

Bagi Najee Muddin ia merupakan cabaran baru baginya dalam melebarkan sayap syarikat untuk menjadi penternak udang dan ikan yang terbesar serta mengeksport makanan sejuk beku yang halal ke luar negara dengan kualiti yang terjamin.

P/s: Sebagai perkongsian untuk kita semua.