Saturday, December 25, 2010

Harga Arowana: Update 04.11.2010

Jutawan Arowana:

Salam kepada semua. Fuhhh..lama betul rasanya tak mengupdate blog. Dekat sebulan juga :). Banyak yang ingin saya kongsikan kepada semua. Tetapi untuk entry kali ini, saya ingin kongsikan harga arowana terkini yang saya perolehi. Harga ini saya perolehi semasa harvest tempoh hari.

MALAYSIAN GOLD
Matang : RM 15,000.00-17,000.00 x 20 ekor = RM 300,000.00 - RM 340,000.00
Pramatang : RM 12,000.00
Anak : RM 2,500.00
Harga Belian Anak : RM 1,800.00

SUPER RED
Matang : RM 10,000.00 x 20 ekor = RM 200,000.00
Anak : RM 1,400.00
Harga Belian Anak : RM 800.00

HIGH BACK
Matang : RM 6,000.00 x 20 ekor = RM 120,000.00
Pramatang : RM 4,500.00
Anak : RM 700.00
Harga Belian Anak : RM 500.00

BANJAR RED
Matang : RM 2,500.00 x 20 ekor = RM 50,000.00
Pramatang : RM 2,000.00
Anak : RM 250.00
Harga Belian Anak : RM150.00

GREEN AROWANA,
Matang :RM 1,800.00 x 20 ekor = RM 36,000.00
Anak : RM 150.00
Harga Belian Anak : RM 50.00

P/s: Harap harga arowana ini dapat memberi panduan kepada semua yang beminat. Selamat berhujung minggu :).

Monday, November 8, 2010

Harvest kolam 4E ke-10

Jutawan Arowana:

Salam kepada semua. Pada 04.11.2010 yang lalu, proses harvest kali ke-10 untuk kolam tersebut dan kali ke-5 untuk saya sejak saya membeli kolam arowana Highback ini. Alhamdulillah, 3 pair yang telah mengeluarkan hasil. Semasa proses harvest itu, Pair 1 telah pun mengeluarkan anak ikan dari mulutnya. Sudah matang untuk terus menyimpannya. Anak arowana yang telah matang dan tidak mempunyai yolk lagi . Kiranya dah boleh jual terus la :). Jumlah hasil adalah 63 ekor (jika semuanya selamat).

Ini hasil dari 3 pair:

Pair 1 : Ada 15 ekor
Pair 2 : Ada 14 ekor
Pair 3 : Ada 34 biji telur baru

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Nanti saya akan update harga terbaru arowana ye.

Kolam 4E (HB) - Harvest pada pukul 10.00 pagi


Pekerja-pekerja yang menjalankan proses harvest


Pair 1: Memungut anak arowana yang telah dikeluarkan dari induk arowana


Pair 3: Telur baru

Pair 2: 14 ekor tolak seekor kena gigitan. Tapi mungkin masih boleh diselamatkan lagi ;).

Di dalam ICU: 34 B telur sangat2 baru.

Ok, ini sahaja untuk proses harvest kali ini. Menunggu proses harvest seterusnya untuk kolam arowana Malaysian Gold 67D pula. Mudah-mudahan ada hasil...

Friday, October 29, 2010

Arowana: From my compact :)

Jutawan Arowana:

Salam kepada semua. Hampir 3 minggu blog Jutawan Arowana tidak ber'update'. Terima kasih kepada rakan-rakan yang terus datang berkunjung. Ada pengunjung ke? he. Kenapa lama blog tidak berupdate? Di samping sibuk dengan rutin tugas-tugas seharian, saya juga sedang dalam usaha untuk membuat satu projek. Tetapi masih dalam tahap perbincangan lagi. Apapun harap ia akan berjalan lancar.

Arowana alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik, mengikut info dari BMA. Dan minggu depan kolam 4E akan harvest pada 4.11.2010 tetapi saya tidak dapat datang ke Bukit Merah pada harvest tersebut. Mudah-mudahan, kolam 4E ini akan mengeluarkan hasil juga.

Entry kali ini saya akan upload gambar-gambar arowana yang saya ambil. Gambar ini saya ambil ketika mula-mula terlibat dalam pelaburan arowana di Bukit Merah. Kualiti gambar kurang memuaskan tapi boleh lah sebagai tatapan semua ye.





P/s: Lepas ini harap dapat update blog sekerap mungkin :).

Friday, October 8, 2010

Jalan-jalan ke Kota Singa

Jutawan Arowana:

Salam Jumaat kepada semua. Bagaimana syawal anda? Tentu banyak juga jemputan rumah terbuka yang diterima dari saudara dan kawan-kawan kan? Mudah-mudahan semuanya dimurahkan rezeki ye.

Hari ini saya hanya ingin post berkenaan one day trip saya ke Kota Singa, Singapura tempoh hari. Datang melawat ke sana dan melihat-lihat jika ada peluang perniagaan juga. Sambil menyelam minum air orang kata. Sambil-sambil itu, sempat juga mengambil gambar di situ.






P/s: Selamat berhujung minggu kepada semua.

Thursday, September 30, 2010

Jatuh bangun seorang penternak udang

Jatuh bangun seorang penternak udang

Artikel dan gambar oleh NORZAINURA ABDUL MAJID

Najee Muddin Ibrahim BANGGA MENUNJUKKAN UDANG HASIL KOLAMNYA DI BATU PAHAT, JOHOR.

MENGALAMI kerugian pada tahun pertama pembabitannya dalam bidang penternakan air tawar atau akuakultur tidak mematahkan semangat anak muda ini untuk terus melangkah lebih jauh dalam penternakan udang tanpa menoleh ke belakang.

Berpegang kepada prinsip tidak mahu mengaku kalah, Najee Muddin Ibrahim, 37, melangkah lebih jauh dalam penternakan udang tanpa rasa ragu dan menjadikan setiap kelemahan sebagai penguat semangat untuk terus maju.

Dengan sokongan padu daripada ahli keluarga serta rakan-rakan rapat menjadikan dia seorang yang gigih dalam setiap apa yang diusahakannya.

'Saya memulakan projek ternakan udang harimau ini sejak tujuh tahun lalu dengan modal sendiri sebanyak RM760,000 tanpa pinjaman atau bantuan daripada mana-mana institusi kewangan," jelasnya.

Pada awal pembabitannya, Najee Muddin berkongsi bersama seorang rakan tetapi selepas mengalami kerugian akibat kurang kemahiran, dia tidak pernah putus asa dan yakin dalam setiap apa yang diusahakannya.

Kegagalan lalu dijadikan sebagai penguat semangat dan sokongan daripada keluarga yang tidak putus-putus menjadikannya begitu tabah meski jauh di sudut hati dia berasa agak kecewa.

Bapa kepada tiga orang anak ini bermula dengan membeli 4.5 hektar tanah dengan kos lebih RM100,000 untuk membuat kolam udang harimau di Lot 3033, Kampung Teluk Bakong, Sungai Kajang, Batu Pahat, Johor kira-kira tujuh tahun lalu.

Najee Muddin memulakan ternakan udang dengan empat buah kolam ternakan berukuran 49,000 kaki persegi setiap satu.

Kini dia mempunyai enam buah kolam udang dengan empat pekerja yang bertanggungjawab menjaga pemakanan ternakannya dan kebersihan kolam-kolam berkenaan.

Menurutnya, benih anak udang diperoleh daripada pembekal di Johor Bahru dengan harga tiga sen hingga RM1.20 seekor, bergantung kepada usia benih itu.

Setiap kali membeli benih, dia memerlukan RM11,000 untuk tiga tan benih bagi memenuhi semua kolam yang diusahakan pada awal pembabitannya dulu.

Dua tahun saya berusaha keras untuk menjayakan kolam udang ini, barulah ia menampakkan hasil.

Tahun pertama selalu rugi, banyak udang mati kerana keadaan air yang tak sesuai," katanya ketika ditemui kolam ternakan udangnya baru-baru ini.

Banyak cabaran yang terpaksa dilaluinya terutama dari segi harga udang yang ada turun naiknya.

Tetapi pada tahun ini, apabila harga udang harimau agak tinggi beliau turut menternak udang putih yang mendapat permintaan di pasaran dengan harga pasaran yang lebih rendah tetapi permintaannya tinggi.

Dia yang mulanya mendapat bimbingan daripada Jabatan Perikanan turut menyertai pelbagai kursus yang dianjurkan bagi menambahkan pengetahuannya dalam bidang penternakan udang dan ikan.

Bermula dari situ, kemahiran dalam menternak udang dapat diketahui dari semasa ke semasa.

Ini menjadikan Najee Muddin yakin dan bersemangat dalam apa yang diusahakan agar kerugian dan pengalaman pahit yang dilaluinya di awal pembabitan dalam ternakan udang dapat ditebus sekali gus menjadikan dirinya seorang yang tidak mudah mengalah.

Tambahnya lagi, udang ternakannya akan dihantar kepada dua pemborong tetap untuk pasaran di Johor Bahru dan Singapura selain pasaran lain di dalam negara.

Hasil kegigihannya, Najee Muddin dianugerahkan sebagai Wira Tani (Belia) oleh Jabatan Belia dan Sukan Johor pada tahun lalu juga mendapat Anugerah Belia Tani peringkat Kebangsaan.

Kini Najee Muddin telah membuka syarikatnya sendiri iaitu Najee Brothers Sdn. Bhd. dan sedang merangka untuk membesarkan projek ternakan udangnya untuk pasaran antarabangsa.

Tambahnya, dia telah mendapat 2,000 hektar kawasan di Tanjung Manis Halal Park Sarawak dan akan mengusahakan ternakan udang harimau, udang putih dan ikan kerapu.

"Dalam perjanjian yang telah dimeterai, saya diberi tempoh pajakan selama 30 tahun untuk mengusahakan kawasan berkenaan dan modal yang diperlukan ialah RM2 billion," jelasnya.

Selain menternak udang dan ikan, beliau juga akan mengusahakan makanan frozen berasaskan udang dan ikan dan akan di eksport ke luar negara khusus untuk mereka yang beragama Islam.

Katanya lagi, kertas kerja telah pun disiapkan dan kajian terperinci telah pun dibuat oleh konsultan yang dilantik dari Singapura.

Setakat ini katanya, sebuah syarikat dari Hong Kong berminat untuk menjadi pelabur memandangkan produk halal Malaysia yang akan dihasilkannya adalah dari Zon Halal Park.

Justeru katanya, dengan adanya produk makanan sejuk beku berasaskan ikan dan udang serta halal, ia akan memudahkan warga Islam di luar negara seperti Jepun dan Hong Kong mendapatkan makanan yang halal tanpa rasa ragu.

Bagi Najee Muddin ia merupakan cabaran baru baginya dalam melebarkan sayap syarikat untuk menjadi penternak udang dan ikan yang terbesar serta mengeksport makanan sejuk beku yang halal ke luar negara dengan kualiti yang terjamin.

P/s: Sebagai perkongsian untuk kita semua.

Saturday, September 18, 2010

Harvest kolam 4E ke-9

Jutawan Arowana:

Salam kepada semua. Bagaimana sambutan raya anda? Semoga semuanya gembira dapat beraya bersama keluarga. Kali ini saya update proses harvest untuk kolam 4E highback tempoh hari pada 05.09.2010. Walaupun proses harvestnya telah lama berlalu, tetapi saya upload saja untuk perkongsian bersama. Ini juga adalah sebagai catatan peribadi saya :).

Alhamdulillah, seperti biasa proses harvest berjalan lancar. Biasanya saya akan meminta proses harvest dilakukan pada waktu pagi. Untuk proses harvest kali ini juga, saya dapat turun sendiri ke BM. Syukur juga kerana membuahkan hasil walau tidak sebanyak hasil pada bulan yang lepas. Hanya 1 pair yang mengeluarkan hasil.

Pair 1: Ada 35 biji (Telur arowana ada mata)

Seperti biasa saya sertakan gambar semasa proses harvest tersebut.


Bergambar di pintu masuk Kolam 4E






1 pair arowana mengeluarkan hasil





Telur arowana

Di bilik ICU


Hasil kolam 4E - 35 biji


P/s: Ok semua, mudah-mudahan semua urusan kita seharian Allah permudahkan. Selamat bekerja kembali pada Isnin nanti.

Wednesday, September 15, 2010

Body of Part Arowana

Tuesday, September 7, 2010

Salam Aidilfitri 1431H

Jutawan Arowana:

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua. Ampun dan maaf dipinta jika tersilap kata dan bicara kepada semua pengunjung blog, keluarga, sanak-saudara dan rakan-rakan. Berhati-hati memandu, moga selamat sampai ke destinasi yang dituju.

P/s: Baru-baru ini proses harvest kolam 4E arowana Highback pada 05.09.2010. Insya-Allah di lain entry saya akan update.

Thursday, August 26, 2010

Khabar hasil kolam 67D

Jutawan Arowana:

Salam semua. Bagaimana anda melalui ibadah puasa ini? Moga kita sama-sama berusaha untuk membuat sebaiknya. Saya ada mendapat email daripada BMA yang disertakan dengan gambar tentang perkembangan hasil dari kolam saya. Hasil untuk kolam 67D iaitu 44 ekor tempoh hari, membesar dengan baik. Semua sudah menjadi anak ikan dan dalam 4 minggu lagi yolknya akan habis. Ingat dulu semasa proses harvest hasilnya hanya telur baru. Kebarangkalian untuk hidup pun hanya 50-50. Tapi alhamdulillah semuanya survive dengan jayanya.

Namun saya tidak dapat pula upload gambar tersebut di sini sebagai perkongsian bersama. Mereka menghantar gambar-gambar yang telah dicopy ke dalam word huhu. Adakah buat macam tu. Em..boleh tukar daripada word ke JPEG ke? Apapun, saya telah pun meminta mereka menghantar gambar dalam format JPEG image. Insya-Allah jika berkesempatan saya akan berkongsi kepada semua.

Saya upload gambar-gambar lama yang telah diedit oleh adik saya sebagai tatapan semua. Katanya teknik HDR yang tak menjadi hehe.

Pondok kawalan bagi kawasan kolam D

Sempat lagi..

Pekerja-pekerja rajin yang menjalankan tugas.

P/s: Selamat berhujung minggu kepada semua.

Tuesday, August 24, 2010

Muhasabah Ramadhan1

Jutawan Arowana:


Sabda Rasulullah s.a.w “ Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya...” Maksud hadis.

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan

Jutawan Arowana:

Salam Ramadhan kepada semua.


~BOB~

Monday, August 9, 2010

Jom Makan Buah

Jutawan Arowana:

Entry kali ini bukan berkenaan arowana ye :). Baru-baru ini saya menghadiri seminar di Bangi, sambil itu berkesempatan pergi makan buah. Jom Makan Buah diadakan pada 7 & 8 August bertempat di Putrajaya. Pilih, bayar dan makan. Kami apalagi tak melepaskan peluang makan sampai tak larat . Saya pula memang peminat tegar buah durian :). Sekali masuk Rm15 dan makan lah buah-buahan di situ sampai puas. Ramai juga pengunjung hari itu.



Gerai-gerai menjual buah-buahan


Durian party.

Round 1 :).


Rakan-rakan semeja.

Round 2 :):).




Round 3 :):):).

Alhamdulillah selesai. Bruppp.

P/s: Insya-Allah, lusa Ramadhan Al-Mubarak akan menjengah. Salam Ramadhan kepada semua pengunjung blog Jutawan Arowana. Sama-sama kita menggandakan amal ibadah di bulan berkah ini. Ya Allah..Berkati puasa kami, rahmati Ramadhan kami. Moga magfirah selalu bersama kami. Amin.