Jutawan Arowana:
Seperti yang telah saya maklumkan sebelum ini, proses harvest untuk kolam saya Arowana Malaysian Golden 67D yang ke-4 ialah pada 21.07.2010. Harvest kali ini dijadualkan pada pukul 10.30 pagi. Cuaca pagi itu mendung memandangkan pada malam harinya hujan yang agak lebat juga. Sesampai wakil saya di sana, proses harvest sedang dijalankan bagi kolam Arowana MG 72D. Terdapat 4 orang pemilik kolam yang melabur pada kolam tersebut. Itu adalah harvest kali ke-3 bagi mereka. Tetapi tiada hasil lagi. Sabar.
Selepas itu barulah kolam saya 67D dibuka. Ingatkan tiada hasil juga pada kali ini namun ada rezeki saya pada hari itu. Semacam tidak percaya pun ada. Apa tidaknya, induk arowana yang terakhir diperiksa yang mengeluarkan hasil. Buat suspend je :). Alhamdulillah. Mungkin inilah 'starting point' untuk arowana MG ini mengeluarkan hasil.
Walau bagaimanapun, hasil yang dikeluarkan adalah 'telur baru' atau masih muda lagi. Selepas dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam plastik, pekerja BMA terus membawa 'telur baru' arowana tersebut ke ICU. Tidak boleh lama-lama di sekitar kolam, dikhuatiri telur itu tidak panjang hayatnya kerana masih muda jika dibandingkan memperolehi 'telur' atau 'yolk arowana'.
Pair 1: Ada 44 biji (telur baru)
Apapun alhamdulillah. Mudah-mudahan selepas ini akan mengeluarkan hasil yang banyak lagi. Inilah gambar-gambar semasa proses tersebut pada hari itu.
Telur arowana yang telah dimasukkan ke dalam satu bekas di bilik ICU. Semuanya 44 biji tetapi tolak 6 biji yang rosak.
HASIL Kolam 4E
Semasa di bilik ICU itu, wakil saya sempat juga menjenguk hasil Arowana Highback saya yang diperolehi tempoh hari. Untuk hasil pair 2 (11 ekor) dan pair 3 (25 ekor) telah pun dijual dan diambil oleh pembelinya. Cuma tinggal pair 1 (42 biji) yang tinggal. Itu pun telah dibeli cuma menunggu yolk habis barulah akan diambil oleh pembelinya. Lihat pada catatan itu - Sold Rahim.
No comments:
Post a Comment