Sunday, January 31, 2010

Harvest 1- Arowana MG Kolam 67D

"Redalah dengan apa sahaja yang Allah berikan kepadamu saat itu, nescaya andalah orang yang paling kaya."

Jutawan Arowana:

Bergambar dulu sebelum proses harvest.

Salam kepada semua pengunjung blog Jutawan Arowana. Saya baru berkesempatan untuk update proses harvest tempoh hari. Pada 23.01.2010 yang lepas, saya pergi ke Bukit Merah untuk proses harvest kolam 67D yang pertama. Tetapi tiada hasil yang dapat dituai pada hari itu. Sebanyak tiga buah kolam dibuka pada hari itu, untuk proses harvest. Dan ketiga-tiga kolam tersebut, termasuk kolam saya tiada hasil untuk dituai.

Bagi mereka yang telah lama berkecimpung dalam bidang ternakan arowana ini, keadaan ini adalah perkara biasa. Biasanya untuk proses harvest pertama dan kedua, perkara ini mungkin akan berlaku. Tetapi pelabur tetap tidak mengalami kerugian. Jika saya bercadang untuk menjual induk pada hari tersebut, saya akan untung sebanyak RM32,000.00 dari hasil jualan induk. Ini kerana, harga induk bagi Malaysian Golden telah meningkat ke RM14,000.00 seekor.

Insya-Allah, mudah-mudahan proses harvest yang akan datang akan membuahkan hasil. Sama-sama doakan ye. Inilah gambar-gambar semasa proses harvest tempoh hari.


Pekerja-pekerja BMA bersedia untuk proses harvest




16 ekor arowana induk berada di dalam jala



Orang ramai yang datang untuk melihat hasil tuaian




Pekerja profesional yang memeriksa mulut arowana



"Dalam mulut arowana ini pun tiada hasil tuan." Kata pekerja itu.



Pembeli perseorangan yang datang untuk berunding hasil harvest


P/s: Ada juga beberapa orang pembeli hasil harvest yang datang sedia untuk membeli hasil harvest. Saya boleh menjual hasil harvest kepada syarikat pelabur iaitu BMA atau orang perseorangan.

Thursday, January 14, 2010

Youtube Gold Arowana

Jutawan Arowana:

Imperial Place Gold Bar Xback Arowana

Friday, January 8, 2010

Rakan Kongsi Kolam 87 E

Jutawan Arowana:

Ini adalah pengiraan untuk Kolam 87 E di antara Jutawan Arowana dan Rakan Kongsi. Jumlah pelaburan sebanyak RM192,000. Terdapat juga terma dan syarat perjanjian di antara Jutawan Arowana dan Rakan Kongsi. Sesiapa yang berminat, boleh menghubungi saya untuk maklumat lanjut.

P/s : Save Picture As... untuk paparan yang lebih jelas.