Wednesday, September 15, 2010
Tuesday, September 7, 2010
Salam Aidilfitri 1431H
Jutawan Arowana:
P/s: Baru-baru ini proses harvest kolam 4E arowana Highback pada 05.09.2010. Insya-Allah di lain entry saya akan update.
Labels:
Gambar pemilik blog
Thursday, August 26, 2010
Khabar hasil kolam 67D
Jutawan Arowana:
Salam semua. Bagaimana anda melalui ibadah puasa ini? Moga kita sama-sama berusaha untuk membuat sebaiknya. Saya ada mendapat email daripada BMA yang disertakan dengan gambar tentang perkembangan hasil dari kolam saya. Hasil untuk kolam 67D iaitu 44 ekor tempoh hari, membesar dengan baik. Semua sudah menjadi anak ikan dan dalam 4 minggu lagi yolknya akan habis. Ingat dulu semasa proses harvest hasilnya hanya telur baru. Kebarangkalian untuk hidup pun hanya 50-50. Tapi alhamdulillah semuanya survive dengan jayanya.
Namun saya tidak dapat pula upload gambar tersebut di sini sebagai perkongsian bersama. Mereka menghantar gambar-gambar yang telah dicopy ke dalam word huhu.
Saya upload gambar-gambar lama yang telah diedit oleh adik saya sebagai tatapan semua. Katanya teknik HDR yang tak menjadi hehe.
Labels:
Hasil
Tuesday, August 24, 2010
Muhasabah Ramadhan1
Jutawan Arowana:
Sabda Rasulullah s.a.w “ Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya...” Maksud hadis.
Tuesday, August 10, 2010
Monday, August 9, 2010
Jom Makan Buah
Jutawan Arowana:
Entry kali ini bukan berkenaan arowana ye :). Baru-baru ini saya menghadiri seminar di Bangi, sambil itu berkesempatan pergi makan buah. Jom Makan Buah diadakan pada 7 & 8 August bertempat di Putrajaya. Pilih, bayar dan makan. Kami apalagi tak melepaskan peluang makan sampai tak larat . Saya pula memang peminat tegar buah durian :). Sekali masuk Rm15 dan makan lah buah-buahan di situ sampai puas. Ramai juga pengunjung hari itu.
P/s: Insya-Allah, lusa Ramadhan Al-Mubarak akan menjengah. Salam Ramadhan kepada semua pengunjung blog Jutawan Arowana. Sama-sama kita menggandakan amal ibadah di bulan berkah ini. Ya Allah..Berkati puasa kami, rahmati Ramadhan kami. Moga magfirah selalu bersama kami. Amin.
Labels:
My Trip
Saturday, August 7, 2010
Akuarium Laketown Resort
Jutawan Arowana:
Salam kepada semua. Lama saya tidak mengupdate blog ini. Maklumlah tiada cerita terbaru dan proses harvest pun tiada pada bulan ini. Tunggu bulan hadapan :). Apapun saya ingin berkongsi gambar arowana yang terdapat di sekitar Laketown Resort, Bukit Merah. Hari itu saya sempat mengambil gambar arowana yang terpelihara di dalam akuarium di situ. Jadi saya upload di sini sebagai tatapan semua
Labels:
My Trip
Subscribe to:
Posts (Atom)

