Wednesday, December 9, 2009

Lawatan ke-2 dan Tandatangan Perjanjian

Jutawan Arowana:

Selepas lawatan pertama, banyak maklumat yang saya perolehi untuk membuat keputusan. Akhirnya, saya telah memilih Bukit Merah Aquaculture Sdn Bhd sebagai syarikat untuk saya melabur. Syarikat Bukit Merah Aquaculture akan bertanggungjawab untuk menjaga induk arowana dan segala kos makanan dan lain-lain yang berkaitan dengan ikan tersebut. Saya telah diberikan kolam 67D dengan 16 ekor induk arowana.

Lawatan kali ini adalah untuk menandatangani perjanjian antara saya dan Bukit Merah Aquaculture Sdn Bhd. Di sini saya akan tunjukkan gambar-gambarnya:


Bukit Merah Aquaculture Sdn Bhd
Bukit Merah, Perak

Inilah pejabat Bukit Merah Aquaculture Sdn Bhd.

Membaca dan meneliti perjanjian sebelum ditandatangani. Bersama Pembantu Pengarah Urusan Bukit Merah Aquaculture Sdn Bhd- Cik Lin.


Bismillah..Menandatangani perjanjian jual beli untuk kolam 67D.

He sempat lagi bergambar. Fail mahal ni..


Saya dibawa melihat kolam 67D yang akan menempatkan 16 ekor induk arowana.

Inilah kolam 67D.

Cek berjumlah RM192,ooo.oo untuk sebuah kolam.

Syukur Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan. Selepas ini, induk arowana akan dimasukkan ke dalam kolam. Setiap satu ikan arowana akan discan chip dalam badannya untuk mengenalpasti dan sebagai rekod. Nanti saya akan berkongsi dengan anda semua.

16 comments:

azrirmn said...

salam bro,

Saya pun nak melabur mcm bro. tp skrang ni modal x cukup lagi.
nak tanya skit, 192K tu duit bro sendiri atau loan bank?
bukan nak underestimate bro. mungkin bro org kaya.
tapi klau loan bank, nak tau gak bank mana? apa syarat2nya...
tq.

Jutawan Arowana said...

azrirman: Wsalam Bro,
Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Duit 192k tu Alhamdulillah duit sendiri bro. Utk pinjaman tu, skrg ni banyak bank yang boleh bagi pinjaman peribadi. Boleh pergi tanya di BSN atau Bank Rakyat. Kalau nak melabur ratusan ribu seorg tu mgkn tidak mampu.

Jadi sekarang ini, untuk sebuah kolam arowana highback RM104k, saya mencari beberapa org pelabur antara 30-40k. Pengiraan keuntungan bergantung pada peratus pelaburan. Nanti saya akan postkan contoh pengiraannya. Semua bergantung pada minat dan yg penting modalnya. tq.

azrirmn said...

buat masa ni saya ada modal around 45k (unit trust). itu yang ingat nak pindah ke arowana plak. kat tawau tu bro sorang saja ke yang terlibat dalam arowana ni? saya keja kat teluk sepangar.

Jutawan Arowana said...

azrirmn: Bro bminat melabur utk arowana Malaysian golden ke atau highback? Ada juga di sini kwn2 yg berminat dan mau join tapi dlm bulan Jan nti. Insya-Allah.

azrirmn said...

klau bleh mmg minat nak join Malaysian Gold...

azrirmn said...

stakat ni bro dah confirm dgn bnm ke pasla pelaburan cam gini? risau gak...
ada any info dari tauke MU?

Jutawan Arowana said...

azrirmn: setakat ini pelaburan ni tiada masalah. mereka sudah 10 tahun terlibat dlm bidang ni. Apa2hal nti saya info.

azrirmn said...

bukan x caya tp paham2 je la BNM sekarang ni klau ada orang report, dia serbu je biar la company tu dah 20 tahun establish pun.
klau tauke MU dah penah roger ngan BNM, mintak tolong info saya. tq...

Unknown said...

ikan arowana jenis apa yg saudara melabur , malaysian golden ka ?

Jutawan Arowana said...

azrirmn: ok bro apa2hal nti saya info.

wan salinah: ya saya melabur utk arowana malaysian golden buat masa ni. bercdg utk highback pula. Insya-Allah.

Unknown said...

kenapa saudara melabur lebih murah (192 K ) kalau dibandingkan dgn harga di URL ini http://arowana67.blogspot.com/2009/12/harga-arowana.html utk malaysia gold

Harga Malaysia GOLD berbeza beza ka ?

Jutawan Arowana said...

Wan Salinah: iya berbeza-beza mengikut umur dan harga juga semakin lama semakin meningkat.

hairehassan said...

salam abg... abg betui2 berminat dgn perlaburan ikan kelisa ini..terapi sy tidak ada mentor...dh banyak kali sy dengar tentang perlaburan ni...sy harap abg dapat beri tunjuk ajar..modal setakat ini belum ada lg..huhu..tp boleh buat loan bank...
boleh tak abg tunjukkan jalan macam mana saya nk memulakan perlaburan ini

Ramli said...

Salam Tuan,

Saya berminat untuk melabur sama. Boleh tuan ceritakan tentang return sepanjang setahun atau sampai feb 2011.

Terimakasih

Anonymous said...

salam..klu kita ada induk highback sendiri,kita bawak g BMA bleh tak??ada apa2 cas tak?brapa??

Unknown said...

Assalamualaikum.. tuan.. mcm mn dgn investment kelisa tu.. apa perkembangan...saya salah seorang investor bma pada thn 2009.. hingga kini.. kena tipu..